Skip to main content

Berita / Aktiviti


TAKLIMAT DAN PAMERAN PENGHASILAN BAJA KOMPOS DARI SISA MAKANAN DAN KUTIPAN KITAR SEMULA

TAKLIMAT DAN PAMERAN PENGHASILAN BAJA KOMPOS DARI SISA MAKANAN DAN KUTIPAN KITAR SEMULA

4 Oktober 2023 (Rabu) - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah mengadakan taklimat dan pameran berkaitan Penghasilan Baja Kompos dari sisa makanan dan Program Kutipan Sisa Barangan Kitar Semula dan Ewaste di SK De Salle, Kampar Perak.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Muhammad Mahathir bin Azman, Pen.Peg. Kes. Persekitaran U29, Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr bersama-sama Pn. Masriza binti Lazarous, PPKPK U32 dan anggota pasukannya. MDKpr sentiasa menggalakkan pelajar sekolah supaya mengamalkan amalan kitar semula bahan seperti sisa makanan yang boleh dijadikan baja kompos untuk digunakan pada tanaman pokok. Selain itu, barangan kitar semula seperti kotak, tin minuman, botol plastik, surat khabar, kertas terpakai dan barangan elektrik (ewaste) juga boleh dijadikan bahan untuk dikitar semula dan buat bahan inovasi bagi kegunaan harian.

Semoga dengan taklimat dan demonstrasi yang diberikan, dapat memberi pengetahuan dan mendidik para pelajar untuk menjalankan amalan kitar semula di sekolah dan di rumah masing-masing.