Maklumat Korporat

Perutusan YDP

Asalammualaikum W.B.T….
 
Syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya laman web Majlis Daerah Kampar (MDKpr)  telah berjaya diterbitkan untuk faedah bersama. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan keupayaan teknologi maklumat di jabatan kerajaan, laman web MDKpr merupakan salah satu dari wadah yang boleh dijadikan penghubung antara Majlis Daerah Kampar dengan dunia luar melalui rangkaian internet.
 
Dengan kepesatan pembangunan daerah, laman web MDKpr tentunya merupakan sumber maklumat yang boleh dimanfaatkan dengan kehendak semasa mengenai perancangan dan pembangunan di daerah Kampar amnya dan di Majlis Daerah Kampar khususnya.
 
MDKpr sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki sistem pengurusan dan memacu pembangunan di kawasan daerah Kampar dalam usaha untuk mewujudkan kawasan bandar yang maju, selesa, selamat dan harmoni.
 
Bagi pihak MDKpr, saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan teguran yang membina daripada pelanggan yang dihormati serta bersedia menerima idea dan pandangan demi menambahbaikkan laman web ini. Begitu juga kami membuka ruang kepada anda semua untuk menyumbangkan idea dan buah fikiran bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami warga MDKpr demi untuk kesejahteraan kita semua khususnya warga daerah Kampar.
 
Saya serta warga kerja MDKpr mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web kami. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda semua mengikut apa yang termampu kami lakukan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Ke arah Kampar yang maju dan membangun tahun 2030

 

Ikhlas daripada,

Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, AMP., PPT.
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kampar.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 14/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4991719
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768