Mengenai Kami

Bunga Rasmi

Cassia Biflora Sebagai Bunga Rasmi Majlis Daerah Kampar

Pokok Cassia Biflora telah dipilih sebagai bunga rasmi bagi Majlis Daerah Kinta Selatan (kemudiannya Majlis Daerah Kampar) atas faktor kesesuaian pokok ini untuk hidup di kawasan tropika seperti Malaysia dan Asia Tenggara. Pokok ini juga dikenali sebagai Senna Pallida dan bagi nama tempatan pula ialah Pokok Gelenggang. Pokok ini dikenali oleh masyarakat tempatan bagi tujuan perubatan kulit melalui daunnya.

Bunga Cassia ini mudah dikenali melalui karektornya yang berwarna kuning keemasan dan mempunyai 5 kelopak (Pentamerous) yang tumbuh di hujung tangkai daun yang berbentuk pinnate. Pokok ini memerlukan pencahayaan matahari yang penuh bagi pembentukan bunga dan daunnya, serta kebiasaannya ditanam di kawasan terbuka seperti perimeter bangunan dan jalanraya. Ketinggian pokok ini apabila matang boleh mencapai sehingga 10 meter serta mempunyai kanopi daun yang sederhana padat. Usia pokok boleh mencapai antara 20 - 50 tahun bergantung kepada faktor tanah dan persekitaran.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 14/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4991718
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768