Sumber

Garis Panduan

Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan
1. Terlebih dahulu sebelum sesuatu bangunan didirikan, ianya perlu mengemukakan permohonan ke pihak Majlis untuk kelulusan.
2. Pertimbangan hanya akan diberikan kepada permohon berpelan yang disediakan oleh pelukis pelan berdaftar, arkitek atau pun jurutera perunding yang berkelayakan.
3. Jenis-jenis permohonan yang ada ialah seperti membina bangunan baru, semula, tambahan, skim perumahan, kilang, menara dan sebagainya
4. Semua permohonan yang dikemukakan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut:
i) Borang 'A' yang telah ditandatangani;
ii) Salinan hakmilik/sewa beli/sewa tapak (jika berkaitan);
iii) Salinan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah;
iv) Sijil Carian Rasmi;
v) Bilangan pelan yang mencukupi mengikut jenis permohonan termasuk satu linen.
5. Antara bayaran yang perlu dijelaskan ialah:
i) Yuran memproses pelan dengan kiraan berdasarkan Jadual 1, Undang-Undang Kecil Bangunan;
ii) Sumbangan longkang - RM280.00
iii) Permit meletak bahan binaan - RM108.00
iv) Plet tanda kelulusan - RM 25.00
v) Tong sampah - RM 60.00
6. Bagi mendapatkan kelulusan, tempoh masa tertakluk kepada jenis permohonan iaitu:
i) Kurang 1 bulan untuk permohonan ubahsuai/tambahan;
ii) 2 bulan utuk permohonan individu (kediaman)
iii) 3 bulan untuk permohonan kedai, skim perumahan dan kilang.
7. Sewaktu permohonan mula diproses, pelan-pelan yang terbabit akan dipanjangkan ke jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan bagi tujuan mendapatkan ulasan
Jabatan Kesihatan

Kaedah untuk permohonan lesen perniagaan khas;-

1. Borang permohonan
2. Salinan kad pengenalan - 1 keping
3. Gambar berukuran pasport - 3 keping
4. Salinan Sijil pendaftaran perniagaan - 1 keping
5. Salinan cukai taksiran premis - 1 keping
6. Surat perjanjian / kebenaran (jika berkaitan)
7. Gambar / lakaran iklan berserta ukuran (jika berkaitan)
8. Salinan geran / lesen menduduki sementara ( TOL ) - 1 keping (jika berkaitan)
9. Sijil layak menduduki ( CF ) / permit bangunan sementara - 1 keping (jika berkaitan)
10. Salinan sijil kursus pengendalian makanan ( untuk pengusaha makanan ) - 1 keping (jika berkaitan)
11. Bayaran permohonan sebanyak RM 27.00

  • Borang = RM 2.00
  • Proses  = RM 20.00
  • Iklan    = RM 5.00
12. Salinan Cukai Tanah - 1 keping
13. Pelan Lokasi
14. Pelan Lantai
Kaedah untuk permohonan lesen penjaja sementara

1.Borang permohonan2.Salinan kad pengenalan - 1 keping3.Gambar berukuran pasport - 3 keping4. Bayaran permohonan sebanyak RM 7.00

  • Borang = RM 2.00
  • Proses  = RM 5.00

5.Salinan sijil kursus pengendalian makanan - 1 keping (jika berkaitan)6.Salinan sijil/resit pendaftaran kursus pengendalian makanan termasuk pekerja sekiranya gerai merupakan premis makanan - 1 keping

Kaedah untuk permohonan lesen pasar awam
1. Borang permohonan
2. Salinan kad pengenalan - 2 keping
3. Gambar berukuran pasport - 4 keping
4. Bayaran permohonan sebanyak RM 32.00

  • Borang = RM 2.00
  • Proses = RM 30.00
5. Salinan sijil kursus pengendalian makanan - 1 keping (jika berkaitan)
Lesen kedai, kilang dan stor
1. Salinan kad pengenalan - 1 keping
2. Gambar berukuran pasport - 3 keping
3. Salinan sijil pendaftaran perniagaan/syarikat - 1 keping
4. Salinan surat kebenaran pemilik syarikat/perniagaan sekiranya pemohon bukan pemilik syarikat/perniagaan - 1 keping
5. Salinan resit cukai taksiran dan cukai tanah terkini - 1 keping
6. Salinan geran, Lesen menduduki Sementara(TOL) atau lain-lain dokumen yang menyatakan syarat guna tanah - 1 keping
7. Salinan Sijil Layak Menduduki atau kelulusan Lesen Bangunan Sementara sekiranya premis menggunakan bangunan baru atau yang di bina semula. - 1 keping
8. Salinan surat perjanjian sewa atau lain-lain bukti kebenaran menduduki premis sekiranya pemohon bukan pemilik premis. - 1 keping
9. Pelan lakar lokasi. - 1 keping
10. Pelan lakar lantai. - 1 keping
11. Gambar/lakaran iklan, termasuk ukuran sekiranya pemohon mempamerkan iklan. - 1 keping
12. Salinan sijil/resit pendaftaran kursus pengendalian makanan termasuk pekerja sekiranya premis merupakan premis makanan. - 1 keping

  • Borang  = RM2.00
  • Proses   =RM20.00
  • Iklan     = RM5.00
Lesen kantin dan gerai didalam premis berlesen
1. Salinan kad pengenalan. - 1 keping
2. Gambar berukuran pasport. - 3 keping
3. Salinan surat perjanjian sewa atau lain-lain bukti kebenaran. - 1 keping
4. Pelan lakar lokasi. - 1 keping
5. Salinan sijil/resit pendaftaran kursus pengendalian makanan termasuk pekerja. - 1 keping

  • Kantin
    • Borang - RM2.00
    • Proses - RM20.00

     

  • Gerai dalam premis
    • Borang - RM2.00
    • Proses - RM5.00
Lesen Gerai Majlis(termasuk pasar awam)
1. Salinan kad pengenalan - 2 keping
2. Gambar berukuran pasport - 4 keping
3. Salinan sijil/resit pendaftaran kursus pengendali makanan termasuk pekerja sekiranya gerai merupakan premis makanan - 1 keping

  • Borang = RM2.00
  • Proses = RM30.00
  • Iklan    = RM5.00 (jika ada)
Lesen iklan premis
1. Salinan kad pengenalan - 1 keping
2. Gambar berukuran pasport - 3 keping
3. Salinan sijil pendaftaran perniagaan/syarikat - 1 keping
4. Salinan surat kebenaran pemilik syarikat/perniagaan sekiranya pemohon bukan pemilik syarikat /perniagaan - 1 keping
5. Salinan resit cukai taksiran dan cukai tanah terkini - 1 keping
6. Pelan lakar lokasi - 1 keping
7. Gambar/lakaran iklan, termasuk ukuran sekiranya pemohon mempamerkan iklan - 1 keping
Lesen iklan Billboard
1. Salinan kad pengenalan - 1 keping
2. Gambar berukuran pasport - 3 keping
3. Salinan sijil pendaftaran perniagaan/syarikat - 1 keping
4. Salinan surat kebenaran pemilik syarikat/perniagaan sekiranya pemohon bukan pemilik syarikat/perniagaan - 1 keping
5. Salinan resit cukai tanah terkini - 1 keping
6. Salinan geran, Lesen menduduki sementara(TOL)atau lain-lain dokumen yang menyatakan syarat guna tanah - 1 keping
7. Salinan surat perjanjian sewa atau lain-lainbukti kebenaran menduduki premis sekiranya pemohon bukan pemilik premis - 1 keping
8. Pelan lakar lokasi - 1 keping
9. Pelan struktur yang diperaku oleh arkitek/jurutera struktur berdaftar - 1 keping
10. Gambar/lakaran iklan, termasuk ukuran sekiranya pemohon mempamerkan iklan - 1 keping

  • Borang = RM2.00
  • Proses = RM20.00
Lesen pertunjukan/Jualan(EKSPO)/Khemah sementara
1. Salinan kad pengenalan - 1 keping
2. Gambar berukuran pasport - 3 keping
3. Salinan sijil pendaftaran perniagaan/syarikat - 1 keping
4. Salinan surat kebenaran pemilik syarikat/perniagaan sekiranya pemohon bukan pemilik syarikat/perniagaan - 1 keping
5. Salinan resit cukai taksiran dan cukai tanah terkini - 1 keping
6. Salinan geran, Lesen Menduduki Sementara(TOL)atau lain-lain dokumen yang menyatakan syarat guna tanah - 1 keping
7. Salinan surat perjanjian sewa atau lain-lain bukti kebenaran menduduki premis sekiranya pemohon bukan pemilik premis - 1 keping
8. Pelan lakar lokasi - 1 keping
9. Pelan lakar lantai - 1 keping

  • Borang = RM2.00
  • Proses = RM20.00

untuk pertanyaan sila hubungi no.05-4671047(bahagian lesen am & lesen pasar)

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 14/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4991720
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768