Pengurusan

Jabatan/Bahagian/Unit

Pejabat Yang Dipertua

FUNGSI

1.  Menguruskan mesyuarat mesyuarat dalaman dan luaran
2.  Menguruskan hal ehwal Yang Dipertua Setiausaha dan Ahli Majlis
3.  Menguruskan Majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua dan Ahli Majlis
4.  Bertanggungjawab menguruskan jadual Yang Dipertua Setiausaha
5.  Betanggungjawab mengawal selia takwim mesyuarat MDKpr dan lain lain mesyuarat jabatan dan membuat urusan berkaitan hal ehwal am
6.  Menjawab panggilan dan melayani tetamu bagi pihak Yang Dipertua Setiausaha
7.  Menguruskan dokumen yang dihantar dan diterima melalui faks

Jabatan Khidmat Pengurusan

FUNGSI

Merangkumi Pengurusan Kakitangan, Rekod dan Pasca Perkhidmatan.

1. Pengurusan Kakitangan
Mengurus pelantikan dan penempatan kakitangan. Seksyen ini juga menguruskan perkhidmatan yang  melibatkan permohonan peletakan jawatan, kebenaran lawatan ke luar negara. Urusan tanggung kerja dan lain-lain. Seksyen ini juga menyemak dan menerima pakai  pekeliling dan arahan-arahan jabatan, menguruskan pembiayaan perubatan, urusan cuti dan urusan menduduki rumah kerajaan. Ia juga menguruskan kakitangan yang telah memenuhi syarat pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen. Perlanjutan tempoh percubaan dan lain-lain tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan.

2. Pengurusan Rekod
Menguruskan buku rekod perkhidmatan iaitu Buku Am 274 ianya merekodkan maklumat peribadi, perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap pegawai awam. Urusan rekod fail peribadi dan fail-fail sulit.

3. Pengurusan Persaraan
 Menguruskan persaraan semua anggota. Memproses dokumen pencen persaraan untuk anggota yang bersara wajib, bersara pilihan sendiri, pencen terbitan (meninggal) dan persaraan atas sebab kesihatan. Dokumen persaraan bagi anggota yang bersara wajib akan diproses empat bulan sebelum bersara.

4. Pengurusan Tatatertib
   Pengurusan Tatatertib adalah satu komitmen kerajaan untuk memastikan semua kakitangan kerajaan mematuhi semua peraturan dan prosedur serta tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Kaedah-Kaedah Pegawai Awam (Majlis Daerah Kampar) (Kelakuan dan Tatatertib) 2014. Pelan Perancangan Pengurusan Tatatertib menetapkan Lembaga Tatatertib akan bersidang sebanyak 4 kali setahun bagi membuat keputusan mengenai salahlaku pegawai dan kakitangan.

5. Pengurusan Kenaikan pangkat.
 Pemberian kenaikan pangkat kepada pegawai dan kakitangan adalah sebagai suatu motivasi kepada pegawai dan kakitangan supaya sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

6. Pengurusan Perisytiharan Harta
Majlis Daerah Kampar menetapkan bahawa semua pegawai dan kakitangan dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis segala harta yang dimiliki sama ada oleh dirinya, suami atau isteri, anak atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak dirinya atau bagi pihak isteri atau suami atau anaknya dalam tempoh lima tahun sekali. Semakan akan dibuat dari masa ke masa.

7. Pengurusan Perjawatan
Penstrukturan semula perjawatan adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi.Pengstrukturan semula ini bergantung kepada kelulusan JPA. Peranan unit ini adalah untuk mengkaji dan seterusnya mengemukakan kelulusan daripada JPA. Keperluan untuk penyusunan semula organisasi bergantung

      kepada :
               • Keputusan kerajaan;
               • Perubahan objektif organisasi;
               • Pertambahan/pengurangan fungsi dan tanggungjawab organisasi;
               • Pertambahan/pengurangan program atau aktiviti;
               • Perpindahan program atau aktiviti ke luar/dalam organisasi; dan
               • Pertambahan/pengurangan beban/kompleksiti tugas.

 8. Pengurusan HRMIS
HRMIS adalah sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai (Competency Owner) sehingga pegawai bersara. Objektifnya membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat sumber manusia yang lengkap. Mengautomasikan proses-proses operasi pengurusan sumber manusia.

9. Pengurusan Latihan
Memastikan keperluan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam tercapai iaitu menyediakan keperluan latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun bagi lebih 200 pegawai dan kakitangan MDKpr. Bertanggungjawab bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberi penekanan secara berterusan terhadap pembangunan modal insan dan meningkatkan kompetensi kakitangan sektor awam dicapai sepenuhnya. Merancang, mengatur dan menguruskan kursus, bengkel, seminar yang dianjurkan sendiri secara dalaman dan menggalakkan pegawai dan kakitangan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh lain-lain agensi.

Jabatan Perbendaharaan

FUNGSI

1.  Menguruskan penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan

2.  Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan

3.  Menguruskan pembelian pembayaran pinjaman dan hal hal pelaburan Majlis

4.  Menguruskan kutipan hasil Majlis di ibu pejabat Kampar, Pejabat Cawangan Plaza Kranji, Pejabat Cawangan Gopeng, Pasar Mambang Di Awan dan lain lain pusat kutipan luar

5.  Menyimpan rekod rekod perakaunan untuk tujuan pengauditan

6.  Menguruskan Aset dan Inventori Majlis mengikut Pekeiling Perbendaharaan bagi membolehkan Majlis Daerah Kampar menjalankan fungsi ditetapkan dengan cekap dan berkesan

7.  Melaksanakan Sistem ePBT Web 2 0 sepenuhnya

Jabatan Kejuruteraan

FUNGSI

1.  Menyelenggara harta milik Majlis iaitu bangunan bangunan pasar/ gerai pejabat rumah kedai jalan parit / jambatan  dan lain lain

2.  Melaksanakan pembinaan projek projek pembangunan dan infrastruktur di dalam kawasan Majlis

3.  Mendapatkan hasil Majlis dari segi kawalan projek selenggaraan iaitu dari segi bayaran fee, jualan borang borang dan sebagainya

4.   Mengendalikan aduan awam yang berkaitan

5.   Mengendalikan perolehan Kerajaan dari segi panggilan Tender/ Sebutharga Requisition dan sebagainya

6.   Membantu jabatan bahagian /unit lain di dalam Majlis yang berkaitan di dalam bidang bidang Kejuruteraan seperti memberi ulasan kepada urus setia OSC, memberi anggaran kos dan sebagainya

Jabatan Kesihatan Awam

FUNGSI

1.   Menyediakan perkhidmatan bandar termasuk penyelenggaraan kebersihan tempat awam.

2.   Melesenkan premis-premis perniagaan tred, perindustrian, pasar awam dan tempat penjajaan.

3.   Menyediakan perkhidmatan pencegahan dan kawalan vektor.

4.   Menyediakan perkhidmatan kesihatan persekitaran dan aktiviti Local Agenda   21.

Jabatan Perancangan Dan Pembangunan

FUNGSI

1.    Memastikan pembangunan dilaksanakan berpandukan dasar Akta garis panduan yang ditetapkan

2.    Melaksanakan pemakaian Akta akta garis panduan yang berkaitan

3.    Merancang projek di peringkat Majlis dengan penyediaan pelan pelan yang berkaitan

4.    Memberi khidmat nasihat berkaitan perancangan bandar landskap

5.    Bekerjasama rapat dengan jabatan jabatan teknikal di peringkat Daerah, Negeri Persekutuan

6.    Merancang pembangunan taman taman rekreasi awam dan kerja kerja berkaitan dengannya

7.    Mengindahkan bandar dengan penanaman pokok pokok hiasan

8.    Menguruskan padang padang permainan sewaan padang kepunyaan Majlis

9.    Menyediakan mengawal selia kemudahan peralatan permainan senam riang

10.  Menguruskan kerja kerja penyelenggaraan pokok pokok besar di bawah kawalan Majlis termasuk
     perkhidmatan berbayar penebangan cantasan pokok individu

11.  Menguruskan sewaan peralatan Majlis seperti khemah pentas peralatan lain termasuk bunga bunga hiasan

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

PENGENALAN
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dipecahkan kepada 4 unit iaitu :

i. Unit Penilaian
1.  Bahagian ini menjalankan kerja kerja bagi maksud cukai taksiran dan sumbangan membantu kadar untuk bangunan bangunan dalam kawasan Majlis Daerah Kampar
2.  Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam urusan bagi pulangan balik cukai mengemaskini rekod pemilik di fail dan sistem membuat proses pindahmilik proses bagi bayaran ansuran taksiran mengumpul maklumat harta menjalankan proses pendengaran bantahan cukai taksiran dan siasatan
     bagi harta bermasalah dalam konteks cukai taksiran
3.  Bahagian ini turut menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran 8 kali dijalankan dalam tahun 2019
4.  Bagi tahun 2019 jabatan telah menjana pendapatan sebanyak RM 12 610 00 daripada proses pindahmilik bayaran proses permohonan gerai dan proses carian rasmi cukai taksiran
 

ii.  Unit Tunggakan Hasil Penilaian Semula
1.  Unit ini bertanggungjawab bagi mengurus serta mengawal tunggakan hasil majlis terutama tunggakan cukai taksiran
2.  Unit ini juga perlu menyediakan draf perancangan bagi melaksanakan kerja kerja penilaian semula merangkumi kajian sewaan dan kerja ukur periksa di mana pelaksanaan penilaian semula tertakluk kepada arahan dan keputusan kerajaan negeri
3.  Antara peranan utama unit ini adalah
         3.1  Memantau dan mengawal tunggakan
         3.2  Turun padang ( setiap minggu ke premis premis tertunggak
         3.3  Urusetia Mesyuarat Tunggakan Hasil (sasaran 4 kali setahun dan telah melaksanakan 4 mesyuarat dalam 2019
4. Dalam tahun 2019 sebanyak 1 589 pegangan telah dilawat periksa melalui 48 operasi turun padang (TURPA).

iii.  Unit Pengurusan Harta dan Rumah Rehat Kampar
     Unit ini bertanggungjawab bagi menguruskan harta sewaan Majlis seperti gerai, pasar dan rumah kedai, menguruskan bekalan air bagi harta sewa dan bertanggungjawab mengambil tindakan mengikut peruntukan undang undang kecil Majlis bagi harta sewaan yang tertunggak bagi penyewa yang
     melanggar syarat syarat perjanjian sewa Bahagian ini juga bertanggungjawab menjadi urusetia bagi proses temuduga untuk pemilihan penyewa harta sewaan.

iv. Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)
1.  Unit ini melaksanakan tugas sebagai Pesuruhjaya Bangunan dengan menggunakan peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757 dan juga Peraturan peraturan Pengurusan Strata 2016 di skim pemajuan berstrata
2.  Skop kerja dan tugas Unit Pesuruhjaya Bangunan adalah membuat pemantauan bagi pemfailan jadual petak, Notis Serahan Pemilikan kosong, Notis menentukan jumlah deposit untuk membaiki kecacatan harta bersama, penubuhan Badan Pengurusan, Mesyuarat Agung Tahunan, audit kewangan tahunan
     Badan Pengurusan, aduan pemilik petak, memberi khidmat nasihat, mengumpul maklumat dan menyimpan maklumat berkaitan skim pemajuan berstrata serta pemajuan di dalam kebenaran merancang
3.  Skim pemajuan berstrata di kawasan PBT Majlis Daerah Kampar mempunyai 30 skim berjumlah 8 113 petak Kebenaran Merancang untuk masa akan datang dijangka meningkat dengan 7 skim pemajuan berjumlah 6 205 petak.

Bahagian Sistem Maklumat

FUNGSI

1.  Merancang dan menjalankan pemantauan kerja – kerja penyelenggaraan dan  penambahbaikan sistem dan aplikasi yang digunapakai di Majlis

2.  Merancang dan menyelenggara pelaksanaan infrastruktur ICT Majlis yang disediakan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis :

             a)  Kamera tanpa wayar (CCTV)
             b)  Rangkaian Tanpa Wayar

             c)  Rangkaian Internet

             d)  Rangkaian Telefon Pejabat

3. Merancang, mengurus dan penyelenggaraan peralatan dan perkakasan ICT bagi kegunaan  pegawai dan kakitangan.

4. Merancang dan menyediakan belanjawan tahunan jabatan serta mengawal pengurusan kewangan terutamanya vot – vot peruntukan yang melibatkan Bahagian Teknologi Maklumat.

5. Membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang keperluan program pembangunan ICT Majlis (Pelan Strategik ICT).

6. Melaksanakan perolehan perkakasan dan perisian ICT.

7. Mengurus, merancang dan menyelia kerja –kerja penyelenggaraan pusat data Majlis yang merangkumi server, perkakasan sokongan dan UPS (heavy duty) agar perkakasan dan perisian tersebut sentiasa berfungsi dan berada dalam kondisi terbaik serta pengoperasian berjalan lancar dengan sokongan perkakasan

8. Menyediakan slaid multimedia untuk program-program Majlis seperti Perhimpunan Bulanan dan lawatan daripada agensi luar.

9. Merancang dan mengurus budget penyelenggaraan yang diterima dari Jabatan Kerajaan Tempatan, SUK Perak

10.Merancang dan menyelenggara keselamatan perkakasan dan rangkaian (firewall dan antivirus).

11.Memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat sokongan pengguna kepada kakitangan Majlis

Bahagian Penguatkuasaan

FUNGSI

1.  Menguatkuasa undang-Undang yang diterima pakai Majlis Daerah Kampar.

2.  Memberi bantuan tenaga kerja kepada Jabatan-jabatan yang memerlukan kerjasama.
3.  Membantu menjalankan tindakan kawalan bagi pengutipan Cukai Taksiran.
4.  Memusnahkan anjing liar/ tidak berlesen di kawasan tanggungjawab Majlis.
5.  Membuat kawalan/sitaan terhadap haiwan peliharaan (Kerbau, lembu, kambing) yang berkeliaran di tempat awam.
6.  Mengeluarkan notis, kompaun dan juga membuat sitaan atau memindahkan ke atas barang-barang yang menjadi halangan.
7.  Menjalankan operasi harian/mingguan dan juga operasi bersama-sama jabatan-jabatan lain.
Bahagian Landskap Dan Rekreasi

FUNGSI

1.  Kerja kerja merancang dan melaksanakan pembangunan baru Landskap (Jalan Protokol Pinggir dan Bahu Bahu Jalan, Taman Rekreasi dan Lot Padang Permainan
2.  Kerja kerja penyelenggaraan dan menaik taraf Landskap sedia ada (Jalan Protokol Pinggir dan Bahu Bahu Jalan, Taman Rekreasi dan Lot Padang Permainan
3.  Pemeriksaan Pelan Kelulusan Pembangunan dan Permohonan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
4.  Melaksanakan dasar Penghijauan dan Pengindahkan Bandar dengan penanaman pokok teduhan dan pokok hiasan
5. Menguruskan padang padang permainan sewaan padang dan Dewan Bandaran Kampar bagi tujuan program dan permainan badminton
6. Menguruskan sewaan peralatan Majlis khemah pentas dan peralatan lain termasuk bunga bunga hiasan terutamanya melibatkan Program Peringkat Daerah
7. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan peralatan permainan kanak kanak dan peralatan senam riang
8. Menguruskan kerja kerja penyelenggaraan cantasan dan pemotongan pokok pokok besar dibawah kawalan Majlis termasuk perkhidmatan berbayar penebangan cantasan pokok individu
Unit Undang-Undang

FUNGSI

1.  Menyedia, menggubal, merangka Undang-Undang Kecil, Perintah, Kaedah dan Peraturan yang diperlukan oleh Majlis Daerah Kampar.
2.  Menyemak dan membuat pindaan Undang-Undang Kecil, Perintah, Kaedah dan Peraturan.
3.  Menyelaras semua undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kampar dan jabatan dalaman yang memerlukan.
4.  Menyemak dan menyediakan deraf-deraf perjanjian yang diperlukan.
5.  Menderaf dan menyemak “legal notice” yang diperlukan.
6.  Tindakan pendakwaan di Mahkamah rendah.
Unit Audit Dalam

FUNGSI

1.  Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar undang undang peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.

2.  Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat cekap dan berkesan

3.  Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan penipuan dan penyelewengan

4.  Memberi khidmat nasihat atau pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk ICT

5.  Melaporkan kepada pihak pengurusan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap
   perkara yang dibangkitkan

6.  Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Audit Tahunan untuk kelulusan pihak pengurusan

Unit Perhubungan Korporat Dan Pelancongan

FUNGSI

1.   Bertanggungjawab menerima, menyelaras pengurusan aduan jabatan.
2.   Bertanggungjawab menguruskan Program Kualiti:
             • Anugerah Inovasi.
             • Horizon Baru Kumpulan Inovatif & Kretif (HBKIK)
             • Program Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
             • Pelan Strategik Majlis Daerah Kampar.
             • Penyelaras kepada penyertaan dalam sebarang program kualiti atau lain-lain anugerah yang disertai oleh Majlis Daerah Kampar.
3.  Menyelaras promosi yang komprehensif bagi produk pelancongan yang berada di dalam kawasan pentadbiran MDKpr.
4.  Bertanggungjawab dalam Program Pembasmian Kemiskinan Bandar:
             • Focus Group Daerah (FGD)
             • Focus Group Negeri (FGN)
5.  Menguruskan sebutharga perbekalan pembelian cenderahati jabatan.
6.  Mengendalikan urusan protokol, sambutan majlis rasmi termasuk bertanggungjawab menyusun atur dan menyelaras lawatan penanda arasan daripada pihak luar ke Majlis dan juga oleh MDkpr ke agensi lain.
7.  Mengurus dan memantau penerbitan :
           • Buletin Cassia.
           • Laporan Tahunan MDKampar dan
           • Laporan keratan akhbar.
8.  Melaksanakan bimbingan individu atau berkelompok kepada rakan sekerja bagi kes yang dirujuk atau secara sukarela melalui Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).
Unit Setempat (OSC)

FUNGSI

1.  Menerima dan menyemak permohonan pelan pemajuan secara serentak dan berasingan
2.  Mengedarkan permohonan cadangan pemajuan kepada Jabatan Teknikal Dalaman dan Agensi Teknikal Luaran melalui Sistem OSC Online atau pun secara manual (bergantung kepada jenis permohonan) untuk diproses  seterusnya memberikan ulasan/sokongan bagi setiap permohonan yang diedarkan.
3.  Memantau setiap permohonan bagi memastikan Jabatan-Jabatan Teknikal terlibat mengemukakan ulasan/sokongan bagi setiap permohonan yang diedarkan.
4.  Membantu Jabatan Memproses (Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan & Pembangunan) untuk menyelaraskan semua ulasan AT Dalaman dan AT Luaran.
5.  Membantu Jabatan Memproses (Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan & Pembangunan) menyediakan kertas kerja/laporan untuk dibentangkan di dalam mesyuarat.
6.  Memastikan semua permohonan yang dikemukakan di Pusat Setempat (OSC) dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat berdasarkan tempoh piagam yang ditetapkan.
7.  Menjadi urusetia mesyuarat dan memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat diadakan dua (2) kali sebulan (24 kali setahun)
8.  Menyelaras dan mengedarkan Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat kepada ahli jawatankuasa tetap.
9.  Memaklumkan kepada perunding, pemaju, pemilik tanah serta Jabatan dan Agensi Teknikal yang terlibat berkaitan keputusan mesyuarat bagi setiap permohonan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasan Pusat Setempat.
10. Memberikan khidmat rundingan kepada perunding dan pemohon. 

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 14/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4991718
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768