Berita / Aktiviti
PROGRAM SEPETANG BERSAMA PENGUSAHA EKO-PELANCONGAN DAERAH KAMPAR 1.0
PROGRAM SEPETANG BERSAMA PENGUSAHA EKO-PELANCONGAN DAERAH KAMPAR 1.0
06 November 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menganjurkan Program Sepetang bersama Pengusaha Eko-Pelancongan Daerah Kampar 1.0 di Bagas Zakariah Orchard Lodge, Gopeng.
Program ini merupakan salah satu platform suai kenal antara Pihak Berkuasa Tempatan dan pengusaha eko-pelancongan di samping menentukan hala tuju pelancongan Daerah Kampar bagi tujuan promosi sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Seramai 50 orang jemputan terdiri daripada pelbagai agensi luar, pengusaha-pengusaha eko-pelancongan Daerah Kampar dan pegawai-pegawai MDKpr terlibat secara langsung berhubung pelaksanaan pemutihan eko-pelancongan Daerah Kampar. Hadir sama, Cik Nurmalis binti Musa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak untuk memeriahkan program ini.