Skip to main content

Berita / Aktiviti


PROGRAM PAMERAN PENGHASILAN BAJA KOMPOS DI SK GUNUNG PANJANG

PROGRAM PAMERAN PENGHASILAN BAJA KOMPOS DI SK GUNUNG PANJANG

16 September 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah dijemput mengadakan program pameran penghasilan baja kompos dari sisa makanan di Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang (SKGP) baru-baru ini.
Program ini bersempena dengan Majlis Hari Terbuka SKGP dan Majlis Penutupan Basikalthon SKGP. Penerangan penghasilan baja kompos dari sisa makanan telah disampaikan oleh PPKP Muhammad Mahathir bin Azman dari Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr kepada para pengunjung pameran.

MDKpr berharap usaha dan aktiviti promosi berkaitan penghasilan baja kompos dari sisa makanan kepada penduduk Kampar dapat diamalkan oleh setiap isi rumah bagi membantu mengurangkan kadar buangan sisa makan terus ke tapak pelupusan.