Skip to main content

Berita / Aktiviti


PEMBERSIHAN PASAR AWAM & PASAR KHINZIR MAMBANG DIAWAN

PEMBERSIHAN PASAR AWAM & PASAR KHINZIR MAMBANG DIAWAN

Operasi pembersihan Pasar Awam dan Pasar Khinzir Mambang Diawan dijalankan oleh petugas-petugas Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr pada 8 September 2023. Operasi ini merangkumi pemotongan rumput, pembersihan sampah sarap, pembersihan longkang, lantai & kawasan sekitar pasar tersebut.

Aktiviti ini dijalankan secara berkala bagi memastikan kawasan pasar awam sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan vektor seperti nyamuk, tikus, lipas & lalat yang boleh membawa penyakit kepada manusia.