Skip to main content

Berita / Aktiviti


LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH KE MAJLIS DAERAH KAMPAR

LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH KE MAJLIS DAERAH KAMPAR

14 Julai 2023 (Jumaat) - Lawatan Penandaarasan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) ke Majlis Daerah Kampar (MDKpr) yang diketuai oleh En. Mohd Faizal Azizi, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) MDBG bersama semua Biro JKKP telah disambut dengan kehadiran Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, YDP MDKpr dan Biro JKKP MDKpr. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut tentang Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang diamalkan oleh MDKpr.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Izham bin Ahmad, Setiausaha JKKP MDKpr berkaitan Pengurusan KKP, ISO 45001:2018, Audit MSOSH dan program-program KKP yang dijalankan.
Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan Pengurusan KKP ini dapat membantu kedua-dua PBT ini untuk terus berjaya dan mengamalkan segala aspek KKP di tempat kerja.