Berita / Aktiviti
LAWATAN JURI BAGI VERIFIKASI PELAKSANAAN KEMPEN PASAR AWAM BERSIH PBT TAHUN 2023
LAWATAN JURI BAGI VERIFIKASI PELAKSANAAN KEMPEN PASAR AWAM BERSIH PBT TAHUN 2023
11 September 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menerima kunjungan Panel Juri Penilai bagi Pertandingan Kempen Pasar Awam PBT Tahun 2023 yang dihadiri oleh Tn. Hj. Ahmad Fakurazi bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Objektif Kempen Pasar Awam Bersih adalah untuk mempromosikan kepentingan kebersihan pasar awam bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan peniaga dan masyarakat. Diharap Pasar Awam Mambang Diawan berjaya merangkul kemenangan dalam kempen ini dan mengharumkan Daerah Kampar.
KEMPEN PASAR AWAM BERSIH PBT TAHUN 2023