Skip to main content

Berita / Aktiviti


Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian terhadap tapak Menara Jam Kemerdekaan Kampar

21 JULAI 2023 – Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian terhadap tapak Menara Jam Kemerdekaan Kampar yang terletak di persimpangan lampu isyarat Jalan Gopeng dan Jalan Stesen, Kampar. Sesi penyelidikan ini bertujuan bagi mengangkat tapak Menara Jam ini sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
Sesi ini telah diketuai oleh Puan Rokiah binti Abdul Samat dan beberapa orang pegawai dari Jabatan Warisan Negara untuk memberi penerangan tentang Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan yang disediakan sebagai panduan untuk pelaksanaan kerja pemulihan bangunan warisan di Malaysia.
Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Perancangan & Pembangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Unit Perhubungan Korporat & Pelancongan, Majlis Daerah Kampar.