Berita / Aktiviti


PROGRAM KITAR SEMULA, MINYAK MASAK TERPAKAI & PENGUMPULAN BARANGAN E-WASTE

PROGRAM KITAR SEMULA, MINYAK MASAK TERPAKAI & PENGUMPULAN BARANGAN E-WASTE
29 Julai 2023 - Majlis Daerah Kampar telah menjalankan Program Kitar Semula, Minyak Masak Terpakai & Barangan E-waste bertempat di Perkarangan Tandas Awam Mambang Diawan yang menjadi program rutin setiap Sabtu minggu pertama pada setiap bulan. Kehadiran YB Shasha Veraiah, ADUN Malim Nawar ke program ini telah memeriahkan lagi sambutan pada kali ini.
Program ini melibatkan kerjasama Syarikat Syarikat EDSHA Solution Sdn. Bhd. yang merupakan rakan strategik MDKpr yang dilantik untuk mengutip barangan E-waste.
Sebanyak 91 kg barangan kitar semula berjaya dikumpulkan sepanjang program ini. Orang awam berpeluang menebus barangan kitar semula dengan wang tunai dan barangan keperluan asas seperti tepung, gula, kicap, sos, susu, dan sardin.
MDKpr menyeru semua warga penduduk Kampar supaya menyokong program ini agar kelestarian alam sekitar dapat dipelihara dan mengurangkan pelupusan sisa di tapak pelupusan sampah.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 01/01/2026 | Jumlah Pelawat : 4991723
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768