Kelamai adalah hidangan seakan-akan dodol daripada segi warna dan fizikalnya yang kehitaman dan kenyal.
Ia dimasak dengan cara dibakar di dalam buluh seperti lemang dengan menggunakan bahan-bahan iaitu beras pulut yang dikisar, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak dan gula putih.
Namun, ramuan ini perlu diadun dan diperap selama tiga hari sebelum dimasukkan ke dalam buluh supaya ia menghasilkan rasa yang benar-benar sedap.