Muzium Gopeng telah ditubuhkan sejak tahun 2009 dan dikendalikan oleh sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk memelihara warisan sejarah Perak, khasnya sejarah Gopeng di Daerah Kampar.
Muzium Gopeng telah merekodkan sejarah Gopeng yang berusia lebih daripada satu abad dengan penerbitan buku, mengadakan pameran dan seminar.
Pameran yang berada di Muzium Gopeng adalah pelbagai jenis barangan antik yang sukar ditemui pada masa sekarang.
Pada tahun 2011, Muzium Gopeng telah disenarai dalam Direktori Muzium Malaysia oleh Jabatan Muzium Malaysia.
Kini, Heritage House telah berpindah ke lokasi yang baharu di No. 47, 49, 51 dan 53 Jalan Eu Kong, Gopeng (Asalnya ialah kandang kuda Encik Eu Tong Sen, pengasas Syarikat Eu Tan Sang).
Sumber Rujukan:
Cik Yew Xin Yu– Setiausaha Pertubuhan Pengurusan Muzium Gopeng