Skip to main content

ILHAM SENI @ KAMPAR

Gua Tempurung

Gua Tempurung

           Ringkasan :

  • Terletak di Lembah Tempurung – kira-kira 24km dari selatan Bandaraya Ipoh dan 15km dari Kampar.
  • Panjang Gua: Mencapai 1.9km.
  • Ketinggian Gua: 578 meter dan berusia lebih dari 400 juta tahun  (Gua Batu Kapur Terbesar di Semenanjung Malaysia)
  • Gua ini adalah gua batu marmar yang berkaitan dengan saluran air bawah tanah.
  • Aktiviti sebelum tahun 1935: Perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan dan pernah dijadikan tempat perlindungan  oleh penduduk setempat dan komunis daripada tentera musuh sewaktu dan selepas Perang Dunia Kedua.
  • Kemudahan kepada pengunjung: Tandas Awam, gerai makan, kedai cenderamata, pondok  aktiviti terbuka dan tempat parking kereta.
  • Aktiviti: Aktiviti meredah sungai dalam gua, tapak perkhemahan.
  • Telah disenarai dalam salah satu Geotapak Geopark Lembah Kinta.

    Sumber Rujukan:

  • Laporan Awal Kajian Cadangan Pembangunan Geopark Lembah Kinta (JMG.PRK(GEOWARISAN)01/2016)
  • Buku Tapak Geologi Geopark Kebangsaan Lembah Kinta-Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak
  • Jabatan Perancangan dan Pembangunan, MDKpr

Koordinat

koordinat