Mengenai Kami
Soalan Lazim
JABATAN PENILAIAN - CUKAI TAKSIRAN
Notis ini memberitahu bahawa pegangan (harta) tuan/puan akan dikenakan cukai taksiran mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171
TIDAK. Jumlah sebenar adalah hanya beberapa peratus sahaja dari NILAI TAHUNAN yang dinyatakan.
NILAI TAHUNAN adalah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.
Dengan lain perkataan, berapakah sewa yang boleh diperolehi dari pegangan (harta) tersebut jika disewakan.
Bagi tanah kosong, NILAI TAHUNAN ditentukan berdasarkan 10% dari nilai pasaran tanah tersebut.
(Cara-cara ini adalah mengikut Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171).
Kadar-kadar cukai taksiran bagi tahun ini adalah seperti berikut:-
| Kategori Pegangan | Kadar |
| Kediaman | 8 – 12.5% |
| Perniagaan | 6 - 10.5% |
| Perindustrian/Harta Khas | 16.5% |
| Pertanian | 2.5% |
| Tanah Kosong | 5.5% |
| Menara Telekomunikasi | 10.5% |
Kategori Pegangan : Kediaman
( Rumah Teres Satu Tingkat )
Nilai Tahunan : RM4,200.00
Cukai Taksiran : 9.5% daripada 4,200.00
RM 399.00
(RM 199.50 bagi ½ tahun pertama)
(RM 199.50 bagi ½ tahun kedua)
Bayaran cukai taksiran hendaklah dijelaskan dua kali setahun seperti berikut :-
| Tempoh | Tarikh Terakhir Untuk Bayaran |
| Jan – Jun | 28/29 Februari |
| Jul – Dis | 31 Ogos |
Biasanya cukai taksiran akan dikeluarkan pada bulan januari bagi setengah tahun pertama dan pada bulan Julai bagi setengah tahun kedua. Jika bil cukai taksiran tidak diterima, tuan/puan hendaklah berhubung dengan Jabatan Kewangan, MDKpr, BAGI MENGGELAKKAN DENDA LEWAT DIKENAKAN.
Banyak istilah yang digunakan dalam menyebut perkara ini. Antaranya ialah “kadar” dan “cukai pintu”. Istilah yang paling meluas digunakan ialah “cukai pintu”.
“Cukai taksiran” atau “cukai pintu” pada amnya adalah dikenakan pada semua pegangan (harta) yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kampar. Ianya adalah merupakan cukai ke atas perkhidmatan Bandar yang disediakan secara langsung atau tidak langsung kepada pemilik-pemilik pegangan (harta) di kawasan Majlis.
Kutipan “cukai tafsiran” adalah diperlukan bagi menampung perbelanjaan dalam memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di dalam kawasan Majlis.
Pemberitahuan mengenai penukaran nama pemunya (pindahmilik) hendaklah dibuat melalui Borang 1 atau Borang J yang boleh diperolehi di Pejabat ini atau melalui peguam yang menguruskan pindahmilik.
Bagi penukaran alamat surat- menyurat, tuan/puan bolehlah memaklumkan kepada Majlis melalui surat atau dengan mengisi ruangan yang disediakan dibil cukai taksiran.
Pemberitahuan ini adalah penting bagi membolehkan Majlis mengemaskini rekod-rekod dan ianya dikehendaki dibuat oleh tuan/puan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan. Adalah menjadi satu kesalahan jika pemberitahuan ini tidak dibuat.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Penilaian (mengenai Nilai Tahunan) atau Jabatan Kewangan (mengenai bayaran cukai taksiran).
| MAJLIS DAERAH KAMPAR. Jabatan Penilaian : 05-4671041 Jabatan Perbendaharaan : 05-4671025 |
Langkah pertama Pihak Berkuasa Tempatan dalam menuntut tunggakan ialah dengan mengeluarkan waran tahanan. Waran ini membenarkan Pihak Bekuasa Tempatan untuk menyitakan apa-apa harta alih (moveable property) kepunyaan pemunya atau penduduk yang terdapat pada pegangan (harta) yang terlibat.
Sekiranya pada pendapat pegawai yang melaksanakan waran itu nilai harta alih yang hendak ditahan itu kurang daripada tunggakan yang hendak dituntut atau tiada apa-apa harta alih yang boleh ditahan, maka Pihak Berkuasa Tempatan boleh memohon kepada Pendaftaran Mahkamah Tinggi untuk menahan dan menjual pegangan tersebut.
Jika tunggakan dan kos (perbelanjaan menahan harta yang ditahan) gagal dibayar oleh pemunya dalam tempoh masa tujuh hari dari tarikh tahanan itu dibuat maka harta atau pegangan yang ditahan itu boleh dijual dengan cara lelong awam.
Barang siapa yang melakukan kesilapan berikut:-
| 8.1 | Enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat yang dikehendaki oelh Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis mengkehendaki berbuat demikian. |
| 8.2 | Dengan ketahuinya (secara sengaja) membuat sesuatu penyata palsu atau tidak betul atau memberi sesuatu maklumat palsu atau tidak betul kepada Pihak Berkuasa tempatan. |
| 8.3 | Merintangi, menghalang atau menahan Pihak Berkuasa Tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan yang terletak di dalam kawasannya. |
| 8.4 | Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan tentang pindahmilik harta dalam dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pindahmilik itu dibuat. |
| 8.5 | Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan tentang kematian pemilik sesuatu pegangan dan seterusnya nama pemilik sesuatu pegangan dan seterusnya nama pemilik yang baru (waris kepada simati yang mewarisi pegangan berkenaan). |
| 8.6 | Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh lima belas hari tentang sesuatau bangunan baru didirikan, dibesarkan, diubah, dibaiki, dibaharui atau sesuatu bangunan yang telah kosong diduduki semula. |
| Apabila disabitkan atas kesalahannya akan dikenakan :- | |
| a) | Denda tidak lebih daripada RM2000 (Ringgit Malaysia: dua ribu); atau |
| b) | Penjara selama tempoh tidak lebih daripada 6 bulan (enam bulan); atau |
| c) | Denda dan penjara itu kedua-duanya sekali. |
| Antara alasan-alasan yang membolehkan pemilik pegangan (harta) mereka adalah sepereti berikut :- | |
| a) | Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan cukai taksiran; |
| b) | Bahawa sesuatu pegangan atau sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan cukai taksiran; |
| c) | Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam senarai nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya; |
| d) | Bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan cukai taksiran; atau |
| e) | Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain. |
| Segala bantahan akan disiasat dan mereka yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk didengar dalam penyiasatan itu samada secara bersendirian atau melalui wakil atau agen yang diberi kuasa. | |
| Secara amnya semua bantahan hendaklah mengemukakan dalam tempoh masa yang tertentu seperti berikut :- | |
| a) | Dalam urusan penilaian semula harta dinama “Notis Menyemak Senarai Nilaian” dihantarkan kepada setiap pemilik harta;
Bantahan hendaklah dikemukan selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh ditetapkan bila “Yang Dipertua” akan menyemak senarai nilaian. |
| b) | Dalam urusan pindah ke atas senarai nilaian dimana “Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian” dihantarkan kepada setiap pemilik harta.
Bantahan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sepuluh (10) hari tarikh ditetapkan bila “Yang Dipertua” akan meminda senarai nilaian. |
| a) | Adalah menjadi tanggungjawab pemilik pegangan (harta) untuk menyiasat sendiri akan kedudukan pegangan (harta) mereka samada sudah disenaraikan atau belum di dalam senarai nilaian Majlis. |
| b) | Dari itu alasan yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu bahawa harta mereka berada dalam kawasan pentadbiran Majlis dan seterusnya mereka tidak menerima apa-apa notis mengenai nilai tahunan pegangan (harta) mereka tidak boleh dilayan. |
| Jabatan Penilaian | Bertanggungjawab dalam membuat penilaian ke atas pegangan (harta) yang dikenakan cukai, menyediakan senarai nilaian harta tersebut dan mengambil tindakan-tindakan yang diperuntukkkan oleh undang-undang ke atas pemilik (tuan punya) harta jika cukai taksiran tidak dijelaskan. |
|
| Jabatan Perbendaharaan | Mengeluarkan bil cukai taksiran dan menerima pembayaran cukai taksiran. |
JABATAN KESIHATAN AWAM - LESEN PERNIAGAAN DAN PENJAJA
Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kampar atau muat turun borang tersebut di laman web MDKpr di https://www.mdkampar.gov.my/index.php/sumber/muat-turun-dokumen.
Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan. Semua keputusan permohonan akan diberitahu melalui penghantaran surat kelulusan lesen dan panggilan telefon.
Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kampar atau muat turun borang tersebut di laman web MDKpr di https://www.mdkampar.gov.my/index.php/sumber/muat-turun-dokumen.
Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan. Semua keputusan permohonan akan diberitahu melalui penghantaran surat kelulusan lesen dan panggilan telefon.
myPATIL, sebuah teknologi lesen digital telah diperkenalkan kepada penduduk daerah Kampar terutamanya pemilik-pemilik lesen perniagaan di daerah ini bermula tahun 2023.
Konsep yang sama apabila kita menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan seharian, begitu jugalah manfaat yang kita perolehi dari myPATIL.
Urusan pembaharuan lesen dan lain-lain urusan perniagaan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat apabila pemilik lesen perniagaan hanya perlu melaksanakan urusan-urusan tersebut melalui telefon bimbit atau komputer sahaja tanpa perlu hadir ke Kaunter Majlis Daerah Kampar.
Malah pembaharuan lesen premis perniagaan boleh dijalankan secara atas talian.
myPATIL Biz merupakan aplikasi yang pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi pintar dalam pendigitalan urusan pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan. Melalui aplikasi myPATIL Biz, para peniaga boleh melihat lesen digital, kompaun dan notis. Terkini, kemudahan seperti memperbaharui lesen perniagaan dan pembayaran kompaun juga boleh dilakukan melalui platform atas talian dengan aplikasi myPATIL Biz. Muat turun aplikasi myPATIL Biz sekarang melalui Google App Store dan Apple Store.
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia (BPPSM)
Bahagian ini bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran am Majlis seperti berikut:
- Pengurusan Sumber Manusia
- HRMIS
- Pencen
- Pelantikan, pengesahan dan kenaikan pangkat
- Penilaian prestasi dan cuti
- Latihan dan kursus
- Tatatertib dan integriti
2. Perkhidmatan
- Surat menyurat dan fail
- Urusan tempahan Bilik Mesyuarat Cassia Biflora dan Auditorium
- Pengurusan perkhidmatan mesin fotostat, penapis air
- Tempahan cop dan tanda nama
- Kad Akses untuk anggota, pelawat dan pelajar praktikal.
3. Kebajikan anggota
- Pengurusan Perubatan
- Pengurusan Kad Hijau CIDB
- Pengurusan pembaharuan lesen pemandu kenderaan
4. Keselamatan dan kebersihan pejabat
5. Program pengurusan kualiti
- MS ISO 9001:2015
Semua pegawai dan anggota perlu mengemukakan permohonan cuti melalui Sistem HRMIS dan Sistem eHadir MDKpr kepada Ketua Jabatan/Bahagian/Unit dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh cuti diambil untuk mendapatkan kelulusan.
Semua pegawai dan anggota boleh memohon surat pengesahan majikan kepada BPPSM. Surat pengesahan majikan boleh dibuat sebagai dokumen sokongan pegawai atau anggota untuk dibawa semasa memohon jawatan lain. Manakala, surat pengesahan perkhidmatan pula digunakan untuk memohon pinjaman kewangan.
Permohonan jawatan kosong boleh dimohon menerusi laman web Portal Perak Digital 2.0 di pautan https://digital.perak.my/.
Pegawai dan anggota lantikan tetap boleh memohon GL dalam Sistem HRMIS masing-masing. Manakala bagi pegawai dan anggota lantikan kontrak, GL hendaklah dimohon melalui BPPSM. GL sah sehingga tiga (3) bulan daripada tarikh dikeluarkan. GL hendaklah ditandatangani oleh pegawai gred 9 dan keatas (untuk kelulusan), cop jabatan dan ditandatangani oleh pemohon. Sesalinan GL hendaklah diserahkan kepada BPPSM.
Syarat permohonan GL adalah seperti berikut:-
1. “ibu bapa yang sah” bermakna ibu kandung atau bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu angkat atau bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang;
2. “keluarga pegawai” adalah merujuk kepada tafsiran sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 (iii) Bab F Tahun 1974 dengan penambahbaikan seperti berikut:
“bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan mengenai rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih mendapat pendidikan, tidak melebihi peringkat Ijazah Pertama atau tidak melebihi umur 26 tahun mana yang terdahulu.
Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.
Untuk tujuan pemberian rawatan percuma ini, balu akan dianggap sebagai keluarga pegawai selagi tidak berkahwin semula.”
Ya, pegawai dan anggota boleh menuntut cuti tanpa gaji atau cuti separuh gaji dengan syarat yang ditetapkan. Pegawai dan anggota hendaklah menghantar surat permohonan rasmi kepada Yang Dipertua melalui Ketua Jabatan/Bahagian/Unit.
Syarat permohonan Cuti Separuh Gaji (CSG) adalah seperti berikut:-
- Kemudahan CSG diberikan atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat meliputi keluarga pegawai sendiri (isteri/ suami, anak kandung), anak angkat, anak pelihara, anak angkat de facto, anak tiri tanggungan, ibu bapa, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, ibu bapa mentua, adik-beradik, nenek dan datuk pegawai.
2. Kadar CSG adalah maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon CSG perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh CSG
3. Ketua Jabatan boleh meluluskan CSG untuk 14 hari pertama dalam satu tahun kalendar dan selebihnya diluluskan oleh kuasa melulus.
Syarat permohonan Cuti Tanpa Gaji (CTG) adalah seperti berikut:-
- Kemudahan CTG diberikan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak dan tertakluk kepada kadar maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon CTG perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh CTG.
2. Pegawai yang ingin menggunakan kemudahan ini perlu mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan perkhidmatan dan telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan.
3. Kelulusan CTG perlu dikemukakan untuk pertimbangan Ketua Jabatan.
Permohonan penempatan latihan industri di Majlis Daerah Kampar boleh dimohon menerusi laman web Portal Perak Digital 2.0 di pautan https://digital.perak.my/ .
Berikut merupakan dokumen yang perlu disertakan bersama:-
- Surat permohonan untuk menjalani latihan industri daripada pihak universiti/kolej/institut pengajian;
- Transkrip
3. Resume
Permohonan sewaan Auditorium di Majlis Daerah Kampar boleh dimohon menerusi laman web Portal Perak Digital 2.0 di pautan https://digital.perak.my/ . Terma dan syarat serta kadar bayaran turut dinyatakan dalam sistem tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
Majlis Daerah Kampar.
Telefon: 05-467 1052
E-mel:
UNIT OSC
OSC 3.0 Plus Onlinea dalah satu sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, bayaran melalui atas talian (PBTPay) dan membolehkan agensi teknikal mengulas permohonan secara maya serta seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini. sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi real-time tracking status permohonan dan command, control, communications, computers, and intelligence (C4i).
Sistem OSC 3.0 Plus Online telah dibangunkan oleh KPKT dengan kerjasama strategik bersama pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ).
Sistem OSC 3.0 Plus Online boleh dicapai melalui pautan : https://www. osc3plus.kpkt.gov.my dengan menggunakan browser google chrome dan Mozilla Firefox versi terkini.
Modul yang terdapat didalam Sistem OSC 3.0 Plus Online :
- Modul Dashboard (Notifikasi)
- Modul Permohonan Pelan Pemajuan (Proses 2)
- Modul Bayaran Atas Talian (PBTPay)
- Modul Kelompok Permohonan (Proses 2)
- Modul Ulasan (Proses 2)
- Modul Mesyuarat (Proses 2)
- Modul Laporan
- Modul Projek (Proses 3 - Proses 6)
- Modul Tandatangan Digital
- Modul Aduan Sistem dan Prosedur
- Modul Kit Latihan (Manual pengguna & Video)
Pengguna Sistem OSC 3.0 Plus Online adalah :
- Pemohon (PSP/SP)
- OSC
- Jabatan Memperaku (ATD)
- Agensi Teknikal Dalaman (ATD)
- Agensi Teknikal Luaran (ATL)
- Pemaju
- Pemilik
- Pengurusan Tertinggi KPKT
- Pengurusan Agensi Teknikal Luaran
Buat masa ini hanya format PDF fail.
Format fail PDF lebih kecil berbanding Format fail Cadd dan menjimatkan ruang pengkalan penyimpanan data.
Ya. Buat masa ini hardcopy masih diperlukan untuk pihak PSP/SP kemukakan ke kaunter OSC.
Hardcopy hendaklah dikemukakan di kaunter OSC setelah semakan dan menerima notifikasi daripada pihak OSC.
Ya. Walau bagaimanapun fungsi penggunaan Digital Signature masih belum diaktifkan di dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online.