SEJARAH PEMBINAAN
Pembuatan paip oleh: The Mephan-Fergusan
Pipe Co. Ltd. United Kingdom
Dipasang oleh: Gopeng Tin Mining Co. Ltd
(Jurutera FD Obsome)
Tahun Pemasangan: 1908
Ringkasan :
- Panjang paip asal: 13.6km dengan diameter 14 inci bagi menghubungkan sumber air dari Ulu Geruntum dan Ulu Geroh dengan kawasan perlombogan di Gopeng.
- Penggantian paip sedia ada berikutan permintaan timah yang meningkat pada tahun 1919 oleh: Perunding Osborne & Chappel Co. Ltd (diameter 45inci).
- Pada tahun 1930-an, pertambahan pemasangan dua batang paip berukuran diameter 30 inci.
- Panjang keseluruhan ketiga-tiga batang paip: Bertambah dari 13.6km kepada 15km.
- Batang paip dan penyokongnya telah dirobohkan pada 21 Julai 2010 oleh Gopeng Berhad kerana struktur asal boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan persekutuan.
- 2 batang paip yang dipamerkan sekarang telah didermakan oleh kontraktor pelupus, Syarikat Global Distinction Sdn. Bhd (saiz paip 96 kaki panjang (30 meter) dan diameter 30 inci kepada Kerajaan Negeri Perak.
Sumber Rujukan:
- Jabatan Kejuruteraan, MDKpr