Sumber

Senarai Nilaian Baharu 2025

1. Kenapa saya menerima Notis Senarai Nilaian Baharu?

MDKpr telah menghantar Notis Senarai Nilaian Baharu kepada semua pemilik pegangan harta bertanah (landed) dan strata dalam kawasan pentadbiran MDKpr sebagai pemakluman mengenai cadangan pengenaan cukai taksiran yang perlu dibayar berkuatkuasa pada 01 Januari 2026.

 

Ini selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Bil. 2163 bertarikh 27 November 2024 dan disahkan pada 11 Disember 2024 berhubung Penguatkuasaan Senarai Nilaian Baharu dan Kadar Baharu Cukai Taksiran di dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Kampar.

2. Bila saya perlu bayar notis baharu ini?

Notis ini tidak perlu dibayar kerana bukan bil cukai taksiran. Ini hanyalah notis pemakluman awal kepada pemilik tentang pengenaan nilaian baharu ke atas pegangan (harta). Bil cukai taksiran akan dikeluarkan pada awal tahun 2026.

3. Kenapa ada kenaikan cukai taksiran dan bila kali terakhir dibuat?

Kenaikan cukai taksiran perlu dibuat selaras dengan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang menyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah menyediakan nilaian baharu setiap lima (5) tahun atau dalam tempoh yang  dilanjutkan seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, kali terakhir MDKpr membuat nilaian baharu adalah pada tahun 1988 (36 tahun).

4. Siapa yang terlibat dengan kenaikan cukai taksiran baharu ini?

Semua pemilik pegangan (harta) dalam kawasan pentadbiran MDKpr, contohnya rumah kediaman, premis perniagaan, bangunan kilang/industri, menara telekomunikasi, pencawang elektrik, harta khas, tanah pertanian, tanah kosong dan lain-lain.

5. Bilakah tarikh iklan Senarai Nilaian Baharu?

Senarai Nilaian Baharu telah diiklankan pada 18 April 2024 melalui 2 surat akhbar i aitu Berita Harian dan New Strait Times. Nombor rujukan warta bertarikh 16 April 2024 nombor rujukan MDKPR.100-1-19/6-P.U.SEL.AM.0160/30 Jld 2.

6. Berapa jumlah yang perlu dibayar?

Jumlah yang perlu dibayar adalah seperti contoh berikut:

7. Bagaimana MDKpr menentukan cukai yang dikenakan?

Cukai yang dikenakan adalah berdasarkan anggaran sewa setahun sesuatu pegangan (harta). Dalam hal ini, MDKpr menggunakan asas nilaian pada tahun 2021.

Contoh pengiraan bagi kategori pegangan (harta) kediaman:

 

Sewa sebulan RM500.00* X 12 bulan   = RM6,000.00 setahun

(*Anggaran sewa tahun 2021)

 

Kadar kediaman 6.0%                              X 0.06

 

Jumlah cukai taksiran setahun               = RM360.00

 Jumlah cukai taksiran setengah tahun = RM180.00

Kadar-kadar cukai taksiran bagi tahunan ditentukan mengikut di bawah :-

 

Pegangan

 

Kadar

 

 

 

Kediaman

:

8 % - 12.5 %

Perniagaan

:

6 % - 10.5 %

Harta Khas/Industri

:

16.5 %

Pertanian

:

2.5 %

Tanah Kosong

:

5.5 %

Menara Telekomunikasi

:

10.5 %

 

6) CONTOH PENGIRAAN CUKAI TAKSIRAN

 

Kategori Pegangan

:

Kediaman

( Rumah Teres Satu Tingkat )

Jika Nilai Tahunan

:

RM 3600.00

Kadar kawasan

:

9.5 %

Cukai Taksiran

:

RM 342.00

 

 

 

Jika Nilai Pasaran

:

RM 25,000.00

Nilai Tahunan 10%

:

RM 2,500.00

Kadar

:

5.5 %

Cukai Taksiran

:

RM 137.50

 

Merujuk pada contoh di atas, RM342.00 adalah merupakan cukai taksiran untuk setahun bagi rumah teres satu tingkat dan RM137.50 pula merupakan cukai taksiran setahun bagi tanah kosong.

8. Berapa kadar peratus (%) yang dikenakan oleh MDKpr mengikut kategori pegangan (harta)?

Kadar peratus (%) yang digunakan tiada perubahan/kekal seperti berikut:

9. Berapa kenaikan cukai baharu yang dikenakan berkuatkuasa 01 Januari 2026?

Bagi pegangan harta yang tiada perubahan matan atau penambahan ruang lantai, kenaikan maksimum (capping) yang dikenakan adalah 25% sahaja daripada cukai taksiran semasa (cukai lama). Dalam notis, Cukai Perlu Bayar adalah seperti di dalam kotak berwarna kelabu.

 

10. Kenapa CUKAI PERLU BAYAR di dalam notis yang saya terima menunjukkan kenaikan yang tinggi?

Terdapat sebahagian pegangan (harta) yang menunjukkan kenaikan tinggi kerana berlaku:

  1. Perubahan matan iaitu tanah kosong telah siap dibina dengan bangunan kediaman/perniagaan/industri;
  2. Perubahan matan iaitu bangunan kediaman yang diubahsuai menjadi perniagaan/industri;
  3. Perubahan matan iaitu bangunan perniagaan yang diubah menjadi

Penambahan ruang lantai kediaman/perniagaan/industri. Contohnya: rumah kediaman satu tingkat telah diubahsuai menjadi rumah dua tingkat.

11. Apa perlu saya buat bila dapat notis ini?

Pemilik pegangan (harta) perlu memahami maksud notis tersebut terlebih dahulu dan sekiranya terdapat pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian 05-4671041 / 05-4671058 atau 05-4671072.

 

Sekiranya pemilik pegangan (harta) tidak berpuas hati atau terkilan dengan Senarai Nilaian Baharu, maka bolehlah mengemukakan bantahan.

PERINGATAN UNTUK PEMILIK HARTA.

1      Adalah menjadi tanggungjawab pemilik pegangan harta untuk menyiasat sendiri akan kedudukan harta mereka samaada sudah disenaraikan atau belum di dalam senarai nilaian pihak majlis.

2      Dari itu alasan yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu bahawa harta mereka berada dalam kawasan pentadbiran Majlis dan seterusnya mereka tidak menerima apa-apa notis mengenai nilai tahunan pegangan harta mereka tidak bolah dilayan.

14. BORANG BANTAHAN

klik BORANG untuk muat turun borang

Untuk keterangan lanjut, tuan/puan bolehlah menghubungi Jabatan Penilaian mengenai cukai taksiran dan Jabatan Perbendaharaan mengenai bayaran cukai taksiran mengikut talian di bawah :-

  • MAJLIS DAERAH KAMPAR, KAMPAR.

  • 05-4671020 / 05-4671030 ( Operator)
  • 05-4671041 ( Jabatan Penilaian )
  • 05-4671025 ( Jabatan Perbendaharaan )

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 01/01/2026 | Jumlah Pelawat : 4991723
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768