Berita / Aktiviti


LAWATAN PENANDA ARASAN MAJLIS DAERAH KERIAN KE MAJLIS DAERAH KAMPAR

LAWATAN PENANDA ARASAN MAJLIS DAERAH KERIAN KE MAJLIS DAERAH KAMPAR
Delegasi daripada Majlis Daerah Kerian seramai 14 orang yang telah diketuai oleh Tpr. Anas bin Dolah, Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap telah mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Kampar pada 02 Ogos 2023 (Rabu).
Lawatan ini bertujuan untuk bertukar buah fikiran dan berkongsi pengalaman Jawatankuasa Komuniti Helwa Kg. Tersusun Batu Putih secara bersemuka dalam menjayakan pengurusan pelaksanaan Kebun Kejiranan sekaligus mendapat kemenangan tiga(3) tahun berturut-turut dalam Pertandingan Anugerah Kejiranan Hijau bagi kategori seperti berikut :
1) Johan bagi Kategori Perumahan Kampung dalam Bandar (2020)
2) Naib Johan bagi Kategori Perumahan Kampung (2021)
3) Johan bagi Kategori Perumahan Kampung (2022)
Selain itu, penerangan tentang penggunaan Sistem Informasi Geografi (GIS) di MDKpr juga telah dibentangkan oleh Tpr. Muhamad Hisham bin Hashim, Pegawai Tadbir, Jabatan Perancangan & Pembangunan dan dibantu oleh Encik Mohd Nazim bin Zulkefli, Pembantu Penilaian Kanan, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta.
Delegasi tersebut turut dibawa melawat ke Komuniti HELWA Kg. Tersusun Batu Putih, Kampar dan juga Kebun Kejiranan Hijau MDKpr.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 01/01/2026 | Jumlah Pelawat : 4991723
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768