Mengenai Kami

Soalan Lazim

JABATAN PENILAIAN - CUKAI TAKSIRAN

Apakah maksud NOTIS ini?

Notis ini memberitahu bahawa pegangan (harta) tuan/puan akan dikenakan cukai taksiran mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171

Adakah jumlah yang dinyatakan dalam NOTIS, jumlah sebanar CUKAI TAKSIRAN

TIDAK. Jumlah sebenar adalah hanya beberapa peratus sahaja dari NILAI TAHUNAN yang dinyatakan.

Bagaimana NILAI TAHUNAN ditentukan?

NILAI TAHUNAN adalah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.

Dengan lain perkataan, berapakah sewa yang boleh diperolehi dari pegangan (harta) tersebut jika disewakan.

Bagi tanah kosong, NILAI TAHUNAN ditentukan berdasarkan 10% dari nilai pasaran tanah tersebut.

(Cara-cara ini adalah mengikut Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171).

MENGENAI KADAR-KADAR CUKAI TAKSIRAN

Kadar-kadar cukai taksiran bagi tahun ini adalah seperti berikut:-

Kategori Pegangan  Kadar
Kediaman 8 – 12.5%
Perniagaan 6 - 10.5%
Perindustrian/Harta Khas 16.5%
Pertanian 2.5%
Tanah Kosong 5.5%
Menara Telekomunikasi 10.5%
Contoh Kiraan Cukai Taksiran

Kategori Pegangan : Kediaman
( Rumah Teres Satu Tingkat )

Nilai Tahunan : RM4,200.00

Cukai Taksiran : 9.5% daripada 4,200.00
RM 399.00

(RM 199.50 bagi ½ tahun pertama)
(RM 199.50 bagi ½ tahun kedua)

Mengenai Bayaran Cukai Taksiran

 Bayaran cukai taksiran hendaklah dijelaskan dua kali setahun seperti berikut :-

Tempoh Tarikh Terakhir Untuk Bayaran
Jan – Jun 28/29 Februari
Jul – Dis 31 Ogos

Biasanya cukai taksiran akan dikeluarkan pada bulan januari bagi setengah tahun pertama dan pada bulan Julai bagi setengah tahun kedua. Jika bil cukai taksiran tidak diterima, tuan/puan hendaklah berhubung dengan Jabatan Kewangan, MDKpr, BAGI MENGGELAKKAN DENDA LEWAT DIKENAKAN.

Apa itu cukai taksiran

Banyak istilah yang digunakan dalam menyebut perkara ini. Antaranya ialah “kadar” dan “cukai pintu”. Istilah yang paling meluas digunakan ialah “cukai pintu”.

“Cukai taksiran” atau “cukai pintu” pada amnya adalah dikenakan pada semua pegangan (harta) yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kampar. Ianya adalah merupakan cukai ke atas perkhidmatan Bandar yang disediakan secara langsung atau tidak langsung kepada pemilik-pemilik pegangan (harta) di kawasan Majlis.

Kutipan “cukai tafsiran” adalah diperlukan bagi menampung perbelanjaan dalam memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di dalam kawasan Majlis.

Mengenai Nama Pemunya/ Alamat Surat Menyurat

Pemberitahuan mengenai penukaran nama pemunya (pindahmilik) hendaklah dibuat melalui Borang 1 atau Borang J yang boleh diperolehi di Pejabat ini atau melalui peguam yang menguruskan pindahmilik.

Bagi penukaran alamat surat- menyurat, tuan/puan bolehlah memaklumkan kepada Majlis melalui surat atau dengan mengisi ruangan yang disediakan dibil cukai taksiran.

Pemberitahuan ini adalah penting bagi membolehkan Majlis mengemaskini rekod-rekod dan ianya dikehendaki dibuat oleh tuan/puan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan. Adalah menjadi satu kesalahan jika pemberitahuan ini tidak dibuat.

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Penilaian (mengenai Nilai Tahunan) atau Jabatan Kewangan (mengenai bayaran cukai taksiran).

MAJLIS DAERAH KAMPAR.
Jabatan Penilaian : 05-4671041
Jabatan Perbendaharaan : 05-4671025
Apakah Tindakan Yang Akan Akan Diambil Jika Cukai Taksiran Tidak Dibayar Atau Dijelaskan?

Langkah pertama Pihak Berkuasa Tempatan dalam menuntut tunggakan ialah dengan mengeluarkan waran tahanan. Waran ini membenarkan Pihak Bekuasa Tempatan untuk menyitakan apa-apa harta alih (moveable property) kepunyaan pemunya atau penduduk yang terdapat pada pegangan (harta) yang terlibat.

Sekiranya pada pendapat pegawai yang melaksanakan waran itu nilai harta alih yang hendak ditahan itu kurang daripada tunggakan yang hendak dituntut atau tiada apa-apa harta alih yang boleh ditahan, maka Pihak Berkuasa Tempatan boleh memohon kepada Pendaftaran Mahkamah Tinggi untuk menahan dan menjual pegangan tersebut.

Jika tunggakan dan kos (perbelanjaan menahan harta yang ditahan) gagal dibayar oleh pemunya dalam tempoh masa tujuh hari dari tarikh tahanan itu dibuat maka harta atau pegangan yang ditahan itu boleh dijual dengan cara lelong awam.

Denda Yang Bersabit Dengan Pegangan Yang Dikenakan Cukai Taksiran

Barang siapa yang melakukan kesilapan berikut:-

8.1  Enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat yang dikehendaki oelh Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis mengkehendaki berbuat demikian.
   
8.2 Dengan ketahuinya (secara sengaja) membuat sesuatu penyata palsu atau tidak betul atau memberi sesuatu maklumat palsu atau tidak betul kepada Pihak Berkuasa tempatan.
   
8.3 Merintangi, menghalang atau menahan Pihak Berkuasa Tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan yang terletak di dalam kawasannya.
   
8.4 Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan tentang pindahmilik harta dalam dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pindahmilik itu dibuat.
   
8.5 Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan tentang kematian pemilik sesuatu pegangan dan seterusnya nama pemilik sesuatu pegangan dan seterusnya nama pemilik yang baru (waris kepada simati yang mewarisi pegangan berkenaan).
   
8.6 Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh lima belas hari tentang sesuatau bangunan baru didirikan, dibesarkan, diubah, dibaiki, dibaharui atau sesuatu bangunan yang telah kosong diduduki semula.
   
Apabila disabitkan atas kesalahannya akan dikenakan :-
a) Denda tidak lebih daripada RM2000 (Ringgit Malaysia: dua ribu); atau
b) Penjara selama tempoh tidak lebih daripada 6 bulan (enam bulan); atau
c) Denda dan penjara itu kedua-duanya sekali.
Apakah Bantahan Yang Boleh Dikemukakan Oleh Pemilik Pegangan (Harta) Yang Dikenakan Cukai Taksiran Harta
Antara alasan-alasan yang membolehkan pemilik pegangan (harta) mereka adalah sepereti berikut :-
a) Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan cukai taksiran;
   
b) Bahawa sesuatu pegangan atau sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan cukai taksiran;
   
c) Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam senarai nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya;
   
d) Bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan cukai taksiran; atau
   
e) Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.
   
Segala bantahan akan disiasat dan mereka yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk didengar dalam penyiasatan itu samada secara bersendirian atau melalui wakil atau agen yang diberi kuasa.
   
Secara amnya semua bantahan hendaklah mengemukakan dalam tempoh masa yang tertentu seperti berikut :-
a) Dalam urusan penilaian semula harta dinama “Notis Menyemak Senarai Nilaian” dihantarkan kepada setiap pemilik harta;

Bantahan hendaklah dikemukan selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh ditetapkan bila “Yang Dipertua” akan menyemak senarai nilaian.

   
b) Dalam urusan pindah ke atas senarai nilaian dimana “Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian” dihantarkan kepada setiap pemilik harta.

Bantahan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sepuluh (10) hari tarikh ditetapkan bila “Yang Dipertua” akan meminda senarai nilaian.

Peringatan
 
a) Adalah menjadi tanggungjawab pemilik pegangan (harta) untuk menyiasat sendiri akan kedudukan pegangan (harta) mereka samada sudah disenaraikan atau belum di dalam senarai nilaian Majlis.
   
b) Dari itu alasan yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu bahawa harta mereka berada dalam kawasan pentadbiran Majlis dan seterusnya mereka tidak menerima apa-apa notis mengenai nilai tahunan pegangan (harta) mereka tidak boleh dilayan.
Jabatan Manakah Yang Bertanggungjawab Dalam Uruskan Cukai Taksiran (Cukai PIntu), Di Majlis Daerah Kampar
Jabatan Penilaian Bertanggungjawab dalam membuat penilaian ke atas pegangan (harta) yang dikenakan cukai, menyediakan senarai nilaian harta tersebut dan mengambil tindakan-tindakan yang diperuntukkkan oleh undang-undang ke atas pemilik (tuan punya) harta jika cukai taksiran tidak dijelaskan.
 
     
Jabatan Perbendaharaan  Mengeluarkan bil cukai taksiran dan menerima pembayaran cukai taksiran.

JABATAN KESIHATAN AWAM - LESEN PERNIAGAAN DAN PENJAJA

BAGAIMANAKAH KAEDAH MEMOHON LESEN PERNIAGAAN?

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kampar atau muat turun borang tersebut di laman web MDKpr di https://www.mdkampar.gov.my/index.php/sumber/muat-turun-dokumen.

Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan. Semua keputusan permohonan akan diberitahu melalui penghantaran surat kelulusan lesen dan panggilan telefon.

BAGAIMANAKAH KAEDAH PERMOHONAN LESEN PENJAJA?

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kampar atau muat turun borang tersebut di laman web MDKpr di https://www.mdkampar.gov.my/index.php/sumber/muat-turun-dokumen.

Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan. Semua keputusan permohonan akan diberitahu melalui penghantaran surat kelulusan lesen dan panggilan telefon.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 01/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4991693
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768