MAJLIS DAERAH KAMPAR
PERAK DARUL RIDZUAN
PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-
Bil. Jawatan Gred Taraf Jawatan Kekosongan
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29/U32 Tetap 1
2. Penolong Pegawai Pertanian G29/G32 Tetap 1
CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kampar (MDKpr) yang boleh diperolehi dari Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kampar.
ii. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.
iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran paspot, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, kelulusan akademik dan dua keping sampul surat beralamat sendiri dengan setem RM0.80.
iv. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
v. Keterangan lanjut berhubung dengan iklan seperti syarat-syarat lantikan boleh didapati di Kompleks Pentadbiran MDKpr pada waktu pejabat atau dengan melayari laman web www.mdkampar.gov.my atau melalui telefon 05-4671015 dan 05-4671052.
vi. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-
Yang Dipertua
Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Kampar,
Jalan Iskandar, 31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.
vii. Tarikh tutup permohonan pada 21 April 2017
Catatan Am
i. Hanya calon yang berjaya selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga dan keputusan pemilihan adalah muktamad.
ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
(KHAIRUL AMIR B. MOHAMAD ZUBIR)
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KAMPAR