MENU

Jelaskan cukai taksiran untuk tempoh setahun dan anda berpeluang  untuk menyertai Cabutan Bertuah sempena Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2022. Di samping itu, 7,000 pembayar cukai terawal yang menjelaskan bayaran cukai taksiran di Kaunter Bayaran Majlis Daerah Kampar akan menerima mangkuk tingkat atau  kupon tempat letak kereta percuma. Kaunter bayaran akan dibuka mulai 3 Januari 2022 dan berakhir pada 28 Februari 2022. 

Warga Daerah Kampar boleh membuat semakan, mencetak dan membuat bayaran bil cukai taksiran secara atas talian melalui

https://fpx.mdkampar.gov.my

selain pembayaran melalui PBTPay dan aplikasi perbankan internet seperti CIMB Clicks, Maybank2u, JOMPAY dan Snap N Pay.