TARIKH: 15 NOVEMBER 2021
TEMPAT: ILHAM SENI@KAMPAR
PENGLIBATAN:
- PUAN SITI AZURA BINTI HAJI JUKI,AMP – Setiausaha MDKpr
- PUAN ROZZILLA BINTI MOHAMAD SOM – Peg. Tadbir (Kejuruteraan)
- PUAN KHUMAIZAH BINTI AZIZ – Pen. Peg. Tadbir (Unit Perhubungan Korporat &Hal Ehwal Komuniti)
Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia, Tuan Iskandar Mirza bin Mohd Yusof bersama beberapa orang pegawai telah mengadakan lawatan kerja ke Ilham Seni@Kampar pada 15 November 2021. Dalam lawatan tersebut Setiausaha MDKpr, Puan Siti Azura binti Haji Juki,AMP telah memberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan kerja di Ilham Seni@Kampar. Ianya merupakan tarikan baharu produk pelancongan di daerah ini yang menempatkan lukisan mural di dinding bangunan lama yang terletak di tengah-tengah Pekan Lama Kampar berukuran 250m sepanjang laluan protokol yang merupakan laluan utama
Ipoh-Kampar. Mereka juga telah dibawa ke beberapa lokasi pelancongan iaitu Disney Avenue Agacia Land, tempat hentian rehat bagi burung-burung migrasi seperti burung Grey Heron dan Gua Tempurung. Semoga lawatan ini dapat memberi ruang kerjasama bagi mempromosi produk pelancongan di daerah Kampar khususnya dan Negeri Perak amnya.