16 Apr 2020
Majlis Daerah Kampar (MDKpr) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih serta berbesar hati menerima sumbangan 1,000 helai topeng muka daripada MR. DIY Group (M) Bhd untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang sedang melaksanakan tanggungjawab dalam memerangi wabak Covid-19.
Semoga dengan sumbangan yang diberi dapat membantu melindungi mereka yang bertugas ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19 dan memastikan semua urusan perniagaan berjalan dengan lancar dan mematuhi peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.