MENU

Taklimat Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan, Penyakit Pekerjaan dan Fungsi-Fungsi JKKP

30 Jun 2022 (Khamis)

9.00 pagi

Auditorium MDKpr

Taklimat Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan, Penyakit Pekerjaan (NADOPOD) dan Fungsi-Fungsi JKKP telah diadakan dengan jayanya pada 30 Jun 2022. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Abdul Ghafar bin Hasan, Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Negeri Perak. Seramai 17 orang peserta telah menghadiri taklimat yang mana terdiri daripada Ketua Jabatan/Bahagian/Unit dan semua biro-biro JKKP.

Tujuan taklimat adalah bagi memperkasakan kefahaman dan kesedaran kepada semua biro-biro jawatankuasa dan mengambil langkah pencegahan untuk memastikan sesuatu pekerjaan dilakukan dengan selamat.

Taklimat telah disampaikan dengan santai dan peserta menunjukkan respon yang baik kepada penceramah. Diharapkan agar taklimat ini dapat memberi input kepada semua peserta dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat.

Klik SINI untuk gambar