MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Syarikat Edsha Solution Sdn. Bhd. akan menganjurkan Kempen Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E –Waste) dari isi rumah Daerah Kampar. Kempen ini dianjurkan dengan tujuan untuk menggalakkan semua lapisan masyarakat di Negeri Perak, Khususnya yang berada di Daerah Kampar menguruskan buangan E-Waste  mengikut kaedah yang betul dan selamat.

Kempen ini akan diadakan dari 13 Ogos 2022 - 24 September 2022 seperti jadual yang ditetapkan mengikut lokasi kutipan. Orang ramai dijemput hadir bagi menyumbangkan bahan buangan elektrik dan elektronik untuk ditukar dengan wang tunai mengikut harga yang ditetapkan.

Contoh bahan buangan elektrik dan elektronik adalah;
1. Televisyen;
2. Komputer peribadi;
3. Mesin basuh;
4. Pendingin hawa;
5. Peti ais;
6. Telefon bimbit; dan
7. Lain-lain barangan elektrik dan elektronik dari isi rumah.

JOM kita hadir beramai-ramai menyokong usaha-usaha Majlis Daerah Kampar dalam memastikan bahan buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah dapat diuruskan dengan betul dan selamat.

banner ewaste

poster lokasi ewaste

harga ewaste

harga ewaste