MENU

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN BANDAR PALING BERDAYA HUNI 2021 BAGI PENGUKURAN INDEKS DAYA HUNI MALAYSIA (iDAM)
 

Majlis Daerah Kampar telah disenaraikan antara 10 PBT yang diberi penghargaan melalui Penyampaian Anugerah Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021 di dalam Majlis Pelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM).

Tuan Abdul Halim Bin Saad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar telah menerima penyampaian sijil tersebut daripada YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui PLANMalaysia kerana memilih Majlis Daerah Kampar sebagai penerima anugerah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Kampar yang bertungkus lumus dalam memastikan Bandar Kampar sentiasa dirancang, dikawal selia pembangunan dan landskap bandar ke arah bandar dalam taman yang mampan dan lestari.

idam idam 2

Lihat Gambar Lagi DISINI