MENU

Pada 2 Jun 2021, yang lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid-19. Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan One-Off untuk penjaja dan peniaga kecil yg berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Daerah Kampar dengan bantuan berjumlah RM 300 bagi setiap pemegang lesen yang aktif.

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

Oleh itu, adalah dijemput semua pemegang lesen Penjaja, Pasar Malam / Pasar Sehari, Pasar Tani, Penjaja Tepi Jalan dan mempunyai permit perniagaan sementara yang aktif sahaja yang layak memohon.
Mereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan iaitu :

✅Salinan Kad Pengenalan
✅Salinan Penyata Bank/ Buku Bank yang aktif

Tuan/Puan perlu mengisi secara atas talian pada pautan yang disediakan :

https://tinyurl.com/BantuanPenjajaMDKpr

Permohonan ini perlu dibuat sebelum 10 September 2021. Jika tuan/ puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Kesihatan Awam di talian 05-4671047 pada waktu pejabat sahaja.

bantuan