MENU

29 JULAI 2021 - Satu operasi pemantauan pematuhan SOP PPN Fasa 2 telah dilaksanakan di sekitar daerah Kampar yang merangkumi kawasan premis perniagaan.

Sebanyak 7 buah premis perniagaan telah diperiksa oleh pasukan yang disertai hampir 20 orang anggota yang terdiri daripada PDRM dan Majlis Daerah Kampar. Hasil pemantauan mendapati premis perniagaan mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pemilik premis perniagaan dan orang ramai dinasihatkan untuk kekal mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dalam usaha kita semua bagi mengekang penularan COVID-19.

#LindungDiriLindungSemua
#KitaJagaKita
#KitaBelumMenang

ops

ops