Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2022
Majlis Daerah Kampar telah diadakan pada 21 April 2022 di Bilik Mesyuarat Cassia Biflora. Tuan Abdul Halim Bin Saad, AMP, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar telah mengetuai cabutan bertuah bersama Puan Siti Azura Binti Haji Juki, AMP, Setiausaha Majlis Daerah Kampar dan Ahli-Ahli Majlis MDKpr. 172 orang telah dipilih sebagai pemenang pada tahun ini. Berikut adalah senarai nama pemenang Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2022. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang bertuah.
Sila klik Senarai Nama Pemenang