MENU

TARIKH: 15 NOVEMBER 2021

TEMPAT: ILHAM SENI@KAMPAR

PENGLIBATAN: 

  1. PUAN SITI AZURA BINTI HAJI JUKI,AMP – Setiausaha MDKpr
  2. PUAN ROZZILLA BINTI MOHAMAD SOM – Peg. Tadbir (Kejuruteraan)
  3. PUAN KHUMAIZAH BINTI AZIZ – Pen. Peg. Tadbir (Unit Perhubungan Korporat &Hal Ehwal Komuniti)

 

Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia, Tuan Iskandar Mirza bin Mohd Yusof bersama beberapa orang pegawai telah mengadakan lawatan kerja ke Ilham Seni@Kampar pada 15 November 2021. Dalam lawatan tersebut Setiausaha MDKpr, Puan Siti Azura binti Haji Juki,AMP telah memberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan kerja di Ilham Seni@Kampar. Ianya merupakan tarikan baharu produk pelancongan di daerah ini yang menempatkan lukisan mural di dinding bangunan lama yang terletak di tengah-tengah Pekan Lama Kampar berukuran 250m sepanjang laluan protokol yang merupakan laluan utama

Ipoh-Kampar. Mereka juga telah dibawa ke beberapa lokasi pelancongan iaitu Disney Avenue Agacia Land, tempat hentian rehat bagi burung-burung migrasi seperti burung Grey Heron dan Gua Tempurung. Semoga lawatan ini dapat memberi ruang kerjasama bagi mempromosi produk pelancongan di daerah Kampar khususnya dan Negeri Perak amnya.

klik di SINI untuk lihat gambar