MENU

MAJLIS DAERAH KAMPAR

1. Dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan cabutan undi bagi kerja-kerja seperti di Lampiran A. Ia terbuka kepada semua Kontraktor Bumiputera G1 yang berdaftar di kawasan pentadbiran Majlis Daerah

Kampar.

2. Pendaftaran dan Sesi Cabutan Kerja-Kerja Undi Bil. 01/2021 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Pendaftaran hendaklah dibuat secara talian melalui google form . Pautan bagi Borang Pendaftaran adalah seperti berikut :

https://forms.gle/K8ymDV4rEXSWEPi28

. Cabutan akan dibuat secara Live Feed melalui Laman Facebook Rasmi

Majlis Daerah Kampar. https://www.facebook.com/mdkampar

. Senarai Kontraktor yang telah mendaftar dan berstatus LAYAK untuk menyertai kerja undi ini akan dimuat naik di Portal Rasmi Majlis Daerah Kampar Satu (1) jam sebelum cabutan undi dibuat.

3. Senarai kerja-kerja undi adalah seperti di LAMPIRAN A.

4. Sila muat naik (upload) dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran secara atas talian :

a. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB.

b. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB.

c. Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh BPKU, KKR.

d. Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) - bagi kerja-kerja Elektrikal.

5. Kontraktor - Kontraktor yang telah mendapat kerja sebut harga/tender pada tahun semasa adalah TIDAK

LAYAK memasuki kerja undi ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari : https://tinyurl.com/3f33zxr4