MENU

Majlis Daerah Kampar menyeru seluruh penduduk di seluruh daerah Kampar supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya pelupusan sampah sarap di dalam tong yang wajib disediakan di setiap premis kediaman dan perniagaan supaya persekitaran menjadi bersih dan harmoni.

Sehubungan itu, operasi Penguatkuasaan Anti-Litter dalam kawasan Majlis Daerah Kampar (MDKpr) akan diteruskan sepanjang masa bagi memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada sesiapa yang membuang sampah di merata-rata tempat dan di luar tong sampah yang disediakan.

Semua penduduk Kampar diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sesiapa yang didapati melakukan perbuatan membuang sampah di lokasi haram akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah :-

Seksyen 47(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
menempatkan, meletakkan atau membuang atau membenar ditempatkan, diletak atau dibuang apa-apa abuk, debu, bangkai, sampah, kotak, tong, karung atau benda atau barang lain di sesuatu tempat awam.

Kompaun : RM250

Ayuh!!! Sama-sama kita menyokong usaha kempen ini.

#JanganBuangSampahMerata
#PeliharaAlamSekitar
#GunaTongSampah

bersih