MENU

Program Gotong Royong telah dijalankan bersama para pekerja Kilang Eco Wood yang tinggal di asrama pekerja berhampiran Persiaran Kebajikan, Gopeng Industrial Park pada 29 Julai 2021.

Program ini dijalankan ekoran aduan yang diterima kerana terdapat pembuangan sampah sarap di sekitar kawasan tersebut dan menjadikan  persekitaran tempat tinggal para pekerja tidak bersih.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap penghuni asrama pekerja yang menjadikan bangunan rumah kedai sebagai tempat tinggal untuk sama-sama menjaga kebersihan persekitaran dan memastikan sampah sarap dilupuskan dengan sempurna.

#BuangSampahKeDalamTong
#PersekitaranBersih

GOTONG ROYONG