FUNGSI
1. Menerima dan menyemak permohonan pelan pemajuan secara serentak dan berasingan
2. Mengedarkan permohonan cadangan pemajuan kepada Jabatan Teknikal Dalaman dan Agensi Teknikal Luaran
melalui Sistem OSC Online atau pun secara manual (bergantung kepada jenis permohonan) untuk diproses
seterusnya memberikan ulasan/sokongan bagi setiap permohonan yang diedarkan.
3. Memantau setiap permohonan bagi memastikan Jabatan-Jabatan Teknikal terlibat mengemukakan
ulasan/sokongan bagi setiap permohonan yang diedarkan.
4. Membantu Jabatan Memproses (Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan & Pembangunan) untuk
menyelaraskan semua ulasan AT Dalaman dan AT Luaran.
5. Membantu Jabatan Memproses (Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan & Pembangunan) menyediakan
kertas kerja/laporan untuk dibentangkan di dalam mesyuarat.
6. Memastikan semua permohonan yang dikemukakan di Pusat Setempat (OSC) dibentangkan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat Setempat berdasarkan tempoh piagam yang ditetapkan.
7. Menjadi urusetia mesyuarat dan memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat diadakan dua (2) kali
sebulan (24 kali setahun)
8. Menyelaras dan mengedarkan Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat kepada ahli jawatankuasa tetap.
9. Memaklumkan kepada perunding, pemaju, pemilik tanah serta Jabatan dan Agensi Teknikal yang terlibat berkaitan
keputusan mesyuarat bagi setiap permohonan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasan Pusat
Setempat.
10. Memberikan khidmat rundingan kepada perunding dan pemohon.