MENU

MDKpr telah berjaya memperoleh Anugerah Gangsa bagi Kategori Tandas Awam (Daerah) dalam Pertandingan Tandas Bersih 1 Malaysia sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan.

Anugerah telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Seri Arpah bt. Abdul Razak, KSU KPKT kepada Tuan Khairul Amir b. Mohamad Zubir, Yang Dipertua MDKpr dalam majlis sambutan berkenaan yang telah diadakan di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson pada 22 Nov. 2014 yang lalu.

Anugerah ini diberikan kepada Tandas Awam Kompleks Pentadbiran MDKpr berdasarkan sesi penilaian yang telah dijalankan pada 17 Sept. 2014. Anugerah Emas telah dirangkul oleh Tandas Awam Dataran Tampin sementara Anugerah Perak diberikan kepada Tandas Awam Tebingan Batang Lupar, MD Sri Aman, Sarawak.

Pentadbiran MDKpr mengucapkan setinggi-tinggi tahniah & syabas kepada pegawai & anggota yang terlibat. Sesungguhnya, anugerah yang diterima daripada pencalonan kali pertama ini mampu menyuntik semangat bagi membudayakan kualiti tandas di tahap yang tinggi dan seterusnya menjadikan tandas awam ini sebagai satu penanda aras kepada standard tandas awam yang lain di Kampar.