MENU

Alhamdulillah, MD Kampar pada akhir tahun 2014 ini menerima satu lagi pengiktirafan peringkat kebangsaan dengan menerima anugerah PBT Prihatin Kebangsaan 2014 dalam satu majlis sambutan yang begitu bermakna anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 3 Disember 2014 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

Tuan Khairul Amir b. Mohamad Zubir, AMP; Yang Dipertua MDKpr telah menerima anugerah berkenaan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir. Turut menerima anugerah yang sama ialah MP Ampang Jaya bagi kategori Majlis Perbandaran dan MB Petaling Jaya bagi kategori Majlis Bandaraya.

Memetik kata-kata Tuan Yang Dipertua, sesungguhnya anugerah yang diterima dalam majlis ini begitu bermakna dan terasa kelainannya kerana dalam majlis berkenaan, ternyata golongan OKU yang hadir membuktikan mereka langsung tidak janggal bergaul malah membuktikan jua tiada batasan dalam mencapai apa yang dicitakan.

Semoga anugerah yang diterima ini dapat terus menjadi inspirasi kepada pegawai & anggota jabatan yang terlibat dalam memastikan kemudahan OKU di Kampar sentiasa  berada dalam keadaan yang terbaik.

Sekalung penghargaan terima kasih dan Tahniah !