MENU

PENGUMPULAN SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DI MAJLIS DAERAH KAMPAR

19 Oktober 2021 - Sesi pengumpulan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang berlangsung di perkarangan Arena Rakyat Tualang Sekah telah berjaya mengumpulkan pelbagai sisa elektrik dan elektronik seperti kipas, tv,komputer, penghawa dingin dan banyak lagi barangan terpakai.

Terima kasih diucapkan kepada Clr Rafidi Mohd Razali, Clr Nor Ramli Mat Noordin, Clr Norhayati Alias dan Clr Jamilah Osman serta semua pengunjung kerana hadir bagi menjayakan kempen ini.

Ayuh, ramai-ramai warga penduduk Kampar menyokong misi kempen ini bagi memastikan kelestarian bumi Negeri Perak kekal terjamin dan terpelihara.

Ayuh Kumpul 800 Tan E-waste

E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara

#JomLupusEwaste
#e-waste
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama

ewaste

ewaste