11 May 2021
TARIKH : 10 MEI 2021 (ISNIN)
TEMPAT : AUDITORIUM, MDKpr
MASA : 2.30 PETANG
PENGLIBATAN :
1. Yang Dipertua, MDKpr
2. Setiausaha, MDKpr
3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Azali bin Hasan (Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Daerah Kampar)
4. Badan Kebajikan MDKpr (BAKEB)
5. Kelab Sukan MDKpr
6. Warga Dalaman Kompleks MDKpr
URUSETIA PROGRAM :
Unit Perhubungan Korporat & Hal
Ehwal Komuniti MDKpr bersama
Badan Kebajikan (BAKEB)
SINOPSIS PROGRAM :
Majlis Daerah Kampar melalui Unit Perhubungan Korporat dan Hal Ehwal Komuniti dengan kerjasama Badan Kebajikan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan 1442H Peringkat MDKpr pada 10 Mei 2021 (Isnin) bertempat di Auditorium MDKpr. Program Tadarus Al-Quran MDKpr 2021 ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan semasa bulan Ramadan bagi membina dan mengukuhkan aspek penghayatan Islam di kalangan warga Majlis.
Program ini telah dijalankan mulai 12 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H secara bersemuka dua kali seminggu pada hari Rabu dan Jumaat mulai jam 8.30 pagi dan selainnya dijalankan secara dalam talian yang disertai seramai 21 orang peserta wanita dan 7 orang peserta lelaki. Sepanjang tempoh pelaksanaan program, semua peserta telah berjaya khatam Al-Quran sebanyak dua kali.
Program Khatam Al-Quran ini telah dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Azali bin Hasan, Pembantu Hal Ehwal Islam daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Daerah Kampar dan program ini telah dirasmikan oleh Tuan Abdul Abdul Halim bin Saad, AMP, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar.