img
Bahasa Melayu | English | Lain
datetime
Jumaat 18 Mei 2012
Sila Pilih Teks Anda : font plus font minus set semula Dengar Teks : Dengar Teks Hitam Biru Perang Set Semula    tema biru tema mdkampar tema gua tempurung tema sg salu

Piagam Pelanggan


Aduan Awam

Semua Arahan Akan Diambil Tindakan Tidak Melebihi Empat Belas Hari.

Kebersihan Kawasan

 

 

 Kawasan perumahan

  • Memberi perkhidmatan pemungutan sampah setiap hari di pusat perdagangan dan tiga kali seminggu di kawasan perumahan.

  • Pemotongan rumput dilaksanakan dua minggu sekali di jalan-jalan utama dan sebulan sekali di kawasan lapang dan jalan lain.
  • Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan perdagangan dan sekurang-kurangnya sekali sebulan di kawasan lain.

 

 

Kelulusan Permohonan Pelan Bangunan

  • Permohonan cadangan pemajuan secara serentak bagi projek di bawah konsep Bina Kemudian Jual  (BKJ) – tempoh empat bulan.
  • Permohonan cadangan pemajuan secara serentak bagi projek di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) – tempoh enam bulan.
  • Bagi permohonan lain diselaras dengan Piagam OSC.
  • Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (SLM) tidak melebihi dua minggu dari tarikh permohonan diterima dengan syarat semua kehendak-kehendak yang ditetapkan dipatuhi.  


Kelulusan Permohonan Lesen Perniagaan

Memberikan kelulusan ke atas permohonan lesen perniagaan yang mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh satu bulan.


Keputusan Bantahan Cukai Taksiran

Memberikan keputusan bantahan cukai taksiran di dalam tempoh dua bulan dari tarikh penerimaan surat bantahan.


Pengeluaran Bil

Bil-bil akan dikeluarkan mengikut masa-masa yang ditetapkan seperti berikut :

a) cukai taksiran 1/2 tahun pertama : 15 Disember
b) cukai taksiran 1/2 tahun kedua : 5 Jun
c) bil sewaan gerai dan pasar awam : sebelum 5 hari bulan
d) bil lesen perniagaan : 15 Januari

Laporan Tahunan

Menyediakan laporan tahunan tidak lewat dari bulan Februari pada tahun yang berikutnya.

 

Kawasan Riadah dan rekreasi

Menyediakan kawasan riadah dan rekreasi yang selesa kepada orang ramai.