Unit Perundangan
Majlis Daerah Kampar
 | Hamishah Bt Ahmed Pembantu Undang-Undang L29 Kompleks Pentadbiran MDKampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar Perak Tel: 05-4671043 Hp: 013-5182210 hamishah@mdkampar.gov.my |
Latar belakang
Bertanggungjawab mengawal selia rang awam supaya sentiasa berdisiplin dan mematuhi undang-undang agar segala aktiviti perniagaan, sosial dan lain-lain dijalankan dalam keadaan yang teratur dan harmoni.
Objektif
- Menuju ke arah kesempurnaan pengurusan hal ehwal perundangan.
- Memastikan jabatan-jabatan yang wujud di dalam organisasi Majlis DaerahKampar mendapat sokongan perundangan dan penguatkuasaan.
- Meyelia dan menguruskan hal ehwal letak kereta.
Fungsi-fungsi
- Mengemaskini undang-undang yang terpakai bagi Majlis Daerah Kampar
Aktiviti: - Menyediakan draf pindaan sesuatu undang-undang kecil.
- Menyediakan draf gubalan sesuatu undang-undang kecil.
- Menguatkuasakan undang-undang
Aktiviti: - Memeriksa lesen premis perniagaan.
- Memeriksa lesen penjaja dan sitaan item penjajaan tanpa lesen.
- Menguruskan pengmpaunan kesalahan.
- Mengella lelngan awam.
- Menyiasat pembinaan bangunan.
- Mengawal halangan di tempat awam
- Mengawal haiwan merayau.
- Mengambil tindakan ke atas kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang.
- Mengambil tindakan susulan bagi kompaun tidak berbayar dan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan di peringkat jabatan-jabatan lain
Aktiviti: - Mengambil tindakan mahkamah.
- Menjalankan pendakwaan.
- Menguruskan tindakan tuntutan sivil bagi kes tunggakan cukai taksiran.
- Menguruskan hal ehwal perundangan
Aktiviti:
- Menguruskan hal ehwal tuntutan sivil am.
- Menyediakan dokumen-dokumen perjanjian.
- Menguruskan hal ehwal letak kereta
Aktiviti: - Menyediakan notis peringatan kepada pemunya kenderaan.