Penolong Peg. Landskap J29 Kompleks Pentadbiran MDKampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar Perak Tel: - Hp: -
Pengenalan
Jabatan Taman dan Rekreasi bertanggungjawab menyediakan kawasan-kawasan untuk riadah dan rekreasi, pengindahan kawasan bandar dan mengendalikan sewaan kemudahan-kemudahan awam yang berkaitan riadah dan ' function '.
Objektif
Mengujudkan suasana bandar dan persekitarannya berkeadaan harmoni dan selesa dengan landskap yang menarik, kemudahan riadah dan rekreasi yang berfungsi.
Fungsi
Merancang pembangunan taman-taman rekreasi awam dan kerja-kerja berkaitan dengannya.
Mengindahkan bandar dengan penanaman pokok-pokok hiasan.
Mengindahkan bandar dengan pemasangan lampu-lampu hiasan dekoratif dan lampu hiasan bermotif.
Menguruskan padang-padang permainan/sewaan padang dan gelanggang kepunyaan Majlis.
Menyediakan dan mengawalselia kemudahan peralatan permainan kanak-kanak dan peralatan senam riang.
Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan pokok-pokok besar dibawah kawalan Majlis termasuk perkhidmatan berbayar penebangan/cantasan pokok individu.
Menguruskan sewaan peralatan Majlis; khemah/pentas dan peralatan lain termasuk bunga-bunga hiasan.
Organisasi
Organisasi Bahagian Senitaman dan Landskap dianggotai oleh seramai 31 kakitangan bagi tahun 2009.Secara dasarnya dipecahkan kepada 2 unit iaitu Unit Taman dan Unit Kawalselia.Keanggotaaan secara terperinci adalah sebagaimana berikutnya;
Jawatan
Bilangan
Pembantu Pertanian G 17
1
Pembantu Tadbir N 17
1
Pekerja Rendah Awam R 4
1
Pemandu Kenderaan Bermotor R 3 4
Pekerja Rendah Awam R 1
22
Pekerja Rendah Awam(Kontrak)
2
Unit Taman
Fungsi utama unit ini adalah sebagaimana berikut;
Membiak benih pokok hiasan jenis renik bagi menampung keperluan kerja-kerja landskap lembut.
Menyedia serta menyelenggara pokok hiasan pasuan untuk hiasan pejabat, majlis-majlis keraian dan untuk disewakan.
Melaksanakan segala kerja-kerja senitaman yang melibatkan penanaman pokok-pokok hiasan
Unit Kawalselia
Fungsi utama unit ini adalah sebagaimana berikut;
Menyelenggara landskap-landskap yang dibangunkan samada di bahu-bahu jalan,pembahagi jalan, kawasan lapang serta taman-taman awam.
Menyelenggara pokok-pokok besar melalui aduan awam dan penjadualan kerja.
Menyelenggara kemudahan riadah seperti padang, laluan pejalan kaki juga gelanggang permainan.
Menyelenggara kemudahan rekreasi dan peralatan permainan kanak-kanak.
Menyelenggara penggunaan peralatan majlis untuk sesuatu majlis rasmi jabatan dan juga sewaan kepada pihak luar.