img
Bahasa Melayu | English | Lain
datetime
Jumaat 18 Mei 2012
Sila Pilih Teks Anda : font plus font minus set semula Dengar Teks : Dengar Teks Hitam Biru Perang Set Semula    tema biru tema mdkampar tema gua tempurung tema sg salu

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Majlis Daerah Kampar
 

 En Mohd Salim B Saleh
Pegawai Penilaian W41
Kompleks Pentadbiran MDKampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar Perak
Tel: 05-4671042
Hp: 013-5182280
mohdsalim@mdkampar.gov.my

 

Latar Belakang


Jabatan Penilaian ditubuhkan pada Disember 1979 iaitu sewaktu kewujudan Majlis Daerah Kampar. Ia bertanggungjawab untuk membuat nilaian ke atas semua pegangan harta di dalam kawasan operasi Majlis. Lebih 70% hasil pendapatan Majlis adalah daripada sumber cukai taksiran.

Objektif

  • Mengurus segala urusan berkaitan cukai taksiran.
     
  • Mencapai sasaran jumlah pendapatan Majlis melalui cukai taksiran.

Fungsi

  • Mengendalikan urusan penilaian harta tanah untuk tujuan cukai taksiran.
  • Mengendalikan urusan penilaian harta kerajaan Negeri / Persekutuan untuk caruman membantu kadar.
  • Penyemakan butiran hak milik bagi tujuan pertukaran maklumat pegangan.
  • Mengambil tindakan untuk menuntut tunggakan cukai taksiran.

Aktiviti-aktiviti

  • Mentaksirkan semua pegangan berkadar di dalam kawasan Majlis.
  • Menyediakan Senarai Nilaian untuk pegangan semasa / semula.
  • Membuat pindaan kepada senarai nilaian dari semasa ke semasa.
  • Menguruskan bantahan-bantahan yang dikemukakan oleh pemunya-pemunya pegangan atau pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Menjalankan penilaian semula ke atas pegangan berkadar setiap lima (5) tahun sepertimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  • Menguruskan remisi terhadap bangunan-bangunan yang tidak diduduki.
  • Menguruskan pengecualian berkadar terhadap bangunan-bangunan yang digunakan sebagai tempat awam, ibadat dan rekreasi dengan kelulusan PBN.
  • Mengendalikan urusan penilaian harta Kerajaan Negeri / Persekutuan dan badan-badan Berkanun untuk tujuan caruman membantu kadar.
  • Menguatkuasakan tindakan untuk menuntut tunggakan cukai taksiran.