Jabatan Penguatkuasaan
Majlis Daerah Kampar
 | Yunus B. Harun Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 Tel: 05-4671044 Hp: 013-5182251 yunus@mdkampar.gov.my |
Pengenalan
| 1 | Dalam mentadbir kawasan, PBT amat memerlukan undang-undang. Oleh itu pelbagai undang-undang telah digubal samada oleh Parlimen seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan lain-lain lagi. PBT diwakilkuasa untuk membuat undang-undang kecil seperti UUK Taman, UUK Penjaja dan lain-lain undang-undang. Dengan adanya undang-undang tersebut perlu wujudnya Pasukan Penguatkuasaan untuk menguatkuasakan undang-undang agar dipatuhi oleh orang awam. |
| | |
| 2 | Unit Penguatkuasaan di PBT MDKpr telah diwujudkan pada tahun 1984 dibawah kordinasi Jabatan Kesihatan dengan diketuai oleh Inspektor Kesihatan. Selaras dengan perkembangan masa kini skop atau bidang penguatkuasaan menjadi amat penting akibat urbanisasi, dimana berlakunya pertambahan tred, perniagaan, perindustrian, golongan penjaja dan kapasiti penduduk serta meningkat taman-taman perumahan di dalam lokasi PBT MDKS. |
| | |
| 3 | Pada 1 November1997, Unit Penguatkuasa MDKpr dipindahkan dari Jabatan Kesihatan dan telah digabungkan dengan Unit Perundangan dan Unit Letak Kereta sebagai sebuah jabatan yang dikenali Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan dan ianya diketuai oleh seorang Pembantu Undang-undang L5. Pada 1 Oktober 2000 jabatan ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu Unit Perundangan diketuai oleh Pembantu Undang-undang L5 dan Unit Penguatkuasa diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa N27. |
Fungsi
- Penyeliaan dan pengawasan haiwan merayau.
- Penyeliaan dan penguatkuasaan Pasar Harian, Sehari dan Malam.
- Penyiasatan dan penguatkuasaan aduan awam dan kacauganggu.
- Pemeriksaan lesen-lesen premis perniagaan.
- Pemeriksaan dan kawalan keselamatan harta-harta Majlis (Vandalisme).
- Penyeliaan dan pengawalan kebersihan bangunan.
- Penyeliaan dan pengawasan premis makanan.
- Pengawasan dan penguatkuasaan halangan tempat awam.
- Pengawasan dan penguatkusaan taman-taman dan tempat-tempat awam.
- Pengawasan dan penguatkuasaan pasar-pasar awam.
- Pengawasan dan penguatkuasaan pembinaan bangunan
- Pengawasan dan penguatkuasaan tempat-tempat hiburan awam.
- Mengambil tindakan susulan bagi kompaun tidak berbayar.
- Menguatkuasakan undang-undang yang telah diwartakan untuk digunakan oleh MDKpr.
- Memberi khidmat sokongan pelbagai jabatan MDKpr berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang.