Panduan
Kelulusan Pelan & Permohonan Lesen
Garis Panduan Kelulusan Pelan
Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan
| 1. | Terlebih dahulu sebelum sesuatu bangunan didirikan, ianya perlu mengemukakan permohonan ke pihak Majlis untuk kelulusan. |
| 2. | Pertimbangan hanya akan diberikan kepada permohon berpelan yang disediakan oleh pelukis pelan berdaftar, arkitek atau pun jurutera perunding yang berkelayakan. |
| 3. | Jenis-jenis permohonan yang ada ialah seperti membina bangunan baru, semula, tambahan, skim perumahan, kilang, menara dan sebagainya |
| 4. | Semua permohonan yang dikemukakan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut: i) Borang 'A' yang telah ditandatangani; ii) Salinan hakmilik/sewa beli/sewa tapak (jika berkaitan); iii) Salinan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah; iv) Sijil Carian Rasmi; v) Bilangan pelan yang mencukupi mengikut jenis permohonan termasuk satu linen. |
| 5. | Antara bayaran yang perlu dijelaskan ialah: i) Yuran memproses pelan dengan kiraan berdasarkan Jadual 1, Undang-Undang Kecil Bangunan; ii) Sumbangan longkang - RM280.00 iii) Permit meletak bahan binaan - RM108.00 iv) Plet tanda kelulusan - RM 25.00 v) Tong sampah - RM 60.00 |
| 6. | Bagi mendapatkan kelulusan, tempoh masa tertakluk kepada jenis permohonan iaitu: i) Kurang 1 bulan untuk permohonan ubahsuai/tambahan; ii) 2 bulan utuk permohonan individu (kediaman) iii) 3 bulan untuk permohonan kedai, skim perumahan dan kilang. |
| 7. | Sewaktu permohonan mula diproses, pelan-pelan yang terbabit akan dipanjangkan ke jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan bagi tujuan mendapatkan ulasan |
Garis Panduan Permohonan Lesen
Jabatan Kesihatan
Kaedah untuk permohonan lesen perniagaan khas;-
| 1. | Borang permohonan |
| 2. | Salinan kad pengenalan - 1 keping |
| 3. | Gambar berukuran pasport - 3 keping |
| 4. | Salinan Sijil pendaftaran perniagaan - 1 keping |
| 5. | Salinan cukai taksiran premis - 1 keping |
| 6. | Surat perjanjian / kebenaran (jika berkaitan) |
| 7. | Gambar / lakaran iklan berserta ukuran (jika berkaitan) |
| 8. | Salinan geran / lesen menduduki sementara ( TOL ) - 1 keping (jika berkaitan) |
| 9. | Sijil layak menduduki ( CF ) / permit bangunan sementara - 1 keping (jika berkaitan) |
| 10. | Salinan sijil kursus pengendalian makanan ( untuk pengusaha makanan ) - 1 keping (jika berkaitan) |
| 11. | Bayaran permohonan sebanyak RM 27.00 - Borang = RM 2.00
- Proses = RM 20.00
- Iklan = RM 5.00
|
| 12. | Salinan Cukai Tanah - 1 keping |
| 13. | Pelan Lokasi |
| 14. | Pelan Lantai |