img
Bahasa Melayu | English | Lain
datetime
Jumaat 18 Mei 2012
Sila Pilih Teks Anda : font plus font minus set semula Dengar Teks : Dengar Teks Hitam Biru Perang Set Semula    tema biru tema mdkampar tema gua tempurung tema sg salu

My Gopeng Resort

 

   

 

Resort ini sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti fizikal mahupun mereka yang ingin berehat, dan lari dari kesibukan kota. Pengunjung pasti menyukai keindahan alam semulajadi di sini, selain pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti kolam renang mini, lokasi perkemahan, unggun api dan juga kafeteria untuk pengunjung. Mereka yang gemar aktiviti fizikal di sini boleh mencuba permainan seperti flying fox, trek ke dalam hutan, jelajah malam hari dan banyak lagi. Terdapat juga aktiviti kayak serta aktiviti ke Gua Tempurung. Kegiatan terkenal di sini ialah menyusuri Sungai Kampar (white wafter rafting). Berkunjunglah ke resort ini untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik yang disediakan!
 

Tips

Pengangkutan disediakan dari Stesen Bas Gopeng ke My Gopeng Resort untuk harga yang bersesuaian.
 

Pengangkutan

Terdapat beberapa syarikat bas tempatan yang akan membawa anda ke Gopeng dari stesen bas antara bandar. Hanya beritahu pemandu bas jika anda mahu diturunkan di Stesen Bas Gopeng.

Jika menggunakan kereta dari Ipoh, ambil jalan keluar Gopeng di jalan raya Utara-Selatan. Di tol Gopeng, belok ke kanan menuju ke bandar Gopeng. Lalui Gopeng, di jalan utama ini dan anda akan melihat My Gopeng Resort di sebelah kiri. Pastikan anda tidak memandu hingga sampai ke jalan bercabang.
 

Pusat Informasi

Alamat Resort : My Gopeng Resort
    UGM 4/1, Kg. Geruntom,
    31600, Ipoh, Perak, Malaysia.
     
Atau Pejabat (Perak) : 21B Jalan Ali Pitchay
    30250, Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon : 605 – 242 3777 dan Faks: 605 – 241 5679.
Email : mygopengresort@yahoo.com