MENU

6) KETERANGAN LANJUT

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Penilaian (mengenai Nilai Tahunan) atau Jabatan Kewangan (mengenai bayaran cukai taksiran).

MAJLIS DAERAH KAMPAR.
Jabatan Penilaian : 05-4671041
Jabatan Perbendaharaan : 05-4671025

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
7) APAKAH TINDAKAN YANG AKAN AKAN DIAMBIL JIKA CUKAI TAKSIRAN TIDAK DIBAYAR ATAU DIJELASKAN

Langkah pertama Pihak Berkuasa Tempatan dalam menuntut tunggakan ialah dengan mengeluarkan waran tahanan. Waran ini membenarkan Pihak Bekuasa Tempatan untuk menyitakan apa-apa harta alih (moveable property) kepunyaan pemunya atau penduduk yang terdapat pada pegangan (harta) yang terlibat.

Sekiranya pada pendapat pegawai yang melaksanakan waran itu nilai harta alih yang hendak ditahan itu kurang daripada tunggakan yang hendak dituntut atau tiada apa-apa harta alih yang boleh ditahan, maka Pihak Berkuasa Tempatan boleh memohon kepada Pendaftaran Mahkamah Tinggi untuk menahan dan menjual pegangan tersebut.

Jika tunggakan dan kos (perbelanjaan menahan harta yang ditahan) gagal dibayar oleh pemunya dalam tempoh masa tujuh hari dari tarikh tahanan itu dibuat maka harta atau pegangan yang ditahan itu boleh dijual dengan cara lelong awam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
8) DENDA YANG BERSABIT DENGAN PEGANGAN YANG DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN

Barang siapa yang melakukan kesilapan berikut:-

 

8.1  Enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat yang dikehendaki oelh Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis mengkehendaki berbuat demikian.
   
8.2 Dengan ketahuinya (secara sengaja) membuat sesuatu penyata palsu atau tidak betul atau memberi sesuatu maklumat palsu atau tidak betul kepada Pihak Berkuasa tempatan.
   
8.3 Merintangi, menghalang atau menahan Pihak Berkuasa Tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan yang terletak di dalam kawasannya.
   
8.4 Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan tentang pindahmilik harta dalam dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pindahmilik itu dibuat.
   
8.5 Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan tentang kematian pemilik sesuatu pegangan dan seterusnya nama pemilik sesuatu pegangan dan seterusnya nama pemilik yang baru (waris kepada simati yang mewarisi pegangan berkenaan).
   
8.6 Tidak memberi notis kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh lima belas hari tentang sesuatau bangunan baru didirikan, dibesarkan, diubah, dibaiki, dibaharui atau sesuatu bangunan yang telah kosong diduduki semula.
   
Apabila disabitkan atas kesalahannya akan dikenakan :-
a) Denda tidak lebih daripada RM2000 (Ringgit Malaysia: dua ribu); atau
b) Penjara selama tempoh tidak lebih daripada 6 bulan (enam bulan); atau
c) Denda dan penjara itu kedua-duanya sekali.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
9) APAKAH BANTAHAN YANG BOLEH DIKEMUKAKAN OLEH PEMILIK PEGANGAN (HARTA) YANG DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN HARTA

Antara alasan-alasan yang membolehkan pemilik pegangan (harta) mereka adalah sepereti berikut :-
a) Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan cukai taksiran;
   
b) Bahawa sesuatu pegangan atau sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan cukai taksiran;
   
c) Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam senarai nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya;
   
d) Bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan cukai taksiran; atau
   
e) Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.
   
Segala bantahan akan disiasat dan mereka yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk didengar dalam penyiasatan itu samada secara bersendirian atau melalui wakil atau agen yang diberi kuasa.
   
Secara amnya semua bantahan hendaklah mengemukakan dalam tempoh masa yang tertentu seperti berikut :-
a) Dalam urusan penilaian semula harta dinama “Notis Menyemak Senarai Nilaian” dihantarkan kepada setiap pemilik harta;

Bantahan hendaklah dikemukan selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh ditetapkan bila “Yang Dipertua” akan menyemak senarai nilaian.

   
b) Dalam urusan pindah ke atas senarai nilaian dimana “Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian” dihantarkan kepada setiap pemilik harta.

Bantahan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sepuluh (10) hari tarikh ditetapkan bila “Yang Dipertua” akan meminda senarai nilaian.

   

Peringatan:
 

a) Adalah menjadi tanggungjawab pemilik pegangan (harta) untuk menyiasat sendiri akan kedudukan pegangan (harta) mereka samada sudah disenaraikan atau belum di dalam senarai nilaian Majlis.
   
b) Dari itu alasan yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu bahawa harta mereka berada dalam kawasan pentadbiran Majlis dan seterusnya mereka tidak menerima apa-apa notis mengenai nilai tahunan pegangan (harta) mereka tidak boleh dilayan.

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
10) JABATAN MANAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM URUSKAN CUKAI TAKSIRAN (CUKAI PNTU), DI MAJLIS DAERAH KAMPAR

 

10.1 Jabatan Penilaian Bertanggungjawab dalam membuat penilaian ke atas pegangan (harta) yang dikenakan cukai, menyediakan senarai nilaian harta tersebut dan mengambil tindakan-tindakan yang diperuntukkkan oleh undang-undang ke atas pemilik (tuan punya) harta jika cukai taksiran tidak dijelaskan.
 
     
10.2 Jabatan Perbendaharaan  Mengeluarkan bil cukai taksiran dan menerima pembayaran cukai taksiran.