MENU

BAGAIMANA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH BAYARAN CUKAI TAKSIRAN

1) MENGENAI NOTIS PINDAAN KEPADA SENARAI NILAIAN.
 

1.1

Soalan : Apakah maksud NOTIS ini?

Jawapan : Notis ini memberitahu bahawa pegangan (harta) tuan/puan akan dikenakan cukai taksiran mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan     1976, Akta 171

   
1..2

Soalan : Adakah jumlah yang dinyatakan dalam NOTIS, jumlah sebanar CUKAI TAKSIRAN

Jawapan : TIDAK. Jumlah sebenar adalah hanya beberapa peratus sahaja dari NILAI TAHUNAN yang dinyatakan.

Soalan : Bagaimana NILAI TAHUNAN ditentukan?

Jawapan :NILAI TAHUNAN adalah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.

   

Dengan lain perkataan, berapakah sewa yang boleh diperolehi dari pegangan (harta) tersebut jika disewakan.

Bagi tanah kosong, NILAI TAHUNAN ditentukan berdasarkan 10% dari nilai pasaran tanah tersebut.

(Cara-cara ini adalah mengikut Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
2) MENGENAI KADAR-KADAR CUKAI TAKSIRAN

Kadar-kadar cukai taksiran bagi tahun ini adalah seperti berikut:-

 

Kategori Pegangan  Kadar
Kediaman 8 – 12.5%
Perniagaan 6 - 10.5%
Perindustrian/Harta Khas 16.5%
Pertanian 2.5%
Tanah Kosong 5.5%
Menara Telekomunikasi 10.5%

Contoh Kiraan Cukai Taksiran

Kategori Pegangan : Kediaman
( Rumah Teres Satu Tingkat )

Nilai Tahunan : RM4,200.00

Cukai Taksiran : 9.5% daripada 4,200.00
RM 399.00

(RM 199.50 bagi ½ tahun pertama)
(RM 199.50 bagi ½ tahun kedua)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
3) MENGENAI BAYARAN CUKAI TAKSIRAN

3.1 Bayaran cukai taksiran hendaklah dijelaskan dua kali setahun seperti berikut :-

Tempoh Tarikh Terakhir Untuk Bayaran
Jan – Jun 28/29 Februari
Jul – Dis 31 Ogos

Biasanya cukai taksiran akan dikeluarkan pada bulan januari bagi setengah tahun pertama dan pada bulan Julai bagi setengah tahun kedua. Jika bil cukai taksiran tidak diterima, tuan/puan hendaklah berhubung dengan Jabatan Kewangan, MDKpr, BAGI MENGGELAKKAN DENDA LEWAT DIKENAKAN.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
4) APA ITU CUKAI TAKSIRAN

Banyak istilah yang digunakan dalam menyebut perkara ini. Antaranya ialah “kadar” dan “cukai pintu”. Istilah yang paling meluas digunakan ialah “cukai pintu”.

“Cukai taksiran” atau “cukai pintu” pada amnya adalah dikenakan pada semua pegangan (harta) yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kampar. Ianya adalah merupakan cukai ke atas perkhidmatan Bandar yang disediakan secara langsung atau tidak langsung kepada pemilik-pemilik pegangan (harta) di kawasan Majlis.

Kutipan “cukai tafsiran” adalah diperlukan bagi menampung perbelanjaan dalam memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di dalam kawasan Majlis.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
5) MENGENAI NAMA PEMUNYA / ALAMAT SURAT MENYURAT

Pemberitahuan mengenai penukaran nama pemunya (pindahmilik) hendaklah dibuat melalui Borang 1 atau Borang J yang boleh diperolehi di Pejabat ini atau melalui peguam yang menguruskan pindahmilik.

Bagi penukaran alamat surat- menyurat, tuan/puan bolehlah memaklumkan kepada Majlis melalui surat atau dengan mengisi ruangan yang disediakan dibil cukai taksiran.

Pemberitahuan ini adalah penting bagi membolehkan Majlis mengemaskini rekod-rekod dan ianya dikehendaki dibuat oleh tuan/puan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan. Adalah menjadi satu kesalahan jika pemberitahuan ini tidak dibuat.