MENU

Kiraan Cukai Taksiran

Kadar-kadar cukai taksiran bagi tahun ini adalah seperti berikut :
Kategori Pegangan Kadar

  • Kediaman  8 -12.5%
  • Perniagaan 6 - 10.5%
  • Perindustrian/Harta Khas 16.5%
  • Pertanian 2.5%
  • Tanah Kosong 5.5%
  • Menara Telekomunikasi 10.5%

 

CONTOH KIRAAN CUKAI TAKSIRAN

Kategori Pegangan : Kediaman (Rumah Teres Satu Tingkat)
Nilai Tahunan : RM 4, 200.00

Nilai peratus :9.5%(Berdasarkan kediaman). Klik disini untuk rujukan peratus yang dikenakan.
Cukai Taksiran :9.5% daripada RM4,200.00
= RM399.00

(RM199.50 bagi ½ tahun pertama)
(RM199.50 bagi ½ tahun kedua)

 

 

 

 

1) APAKAH CUKAI TAKSIRAN ?

Sebenarnya banyak istilah yang digunakan apabila menyebut perkara ini. Antaranya ialah kadar dan yang paling popular dan digunakan dengan meluas adalah cukai pintu.

 

Cukai taksiran pada amnya dikenakan kepada semua pegangan meliputi bangunan dan tanah yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kampar.

 

2) KENAPA CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN ?

 

 

Cukai taksiran dikenakan untuk menampung perbelanjaan mengurus kawasan pentadbiran yang meliputi untuk pembangunan, perkhidmatan bandar, penyelenggaraan dan kemudahan awam yang disediakan samaada secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar-pembayar cukai.

 

 

Dalam istilah lain cukai taksiran diperlukan bagi menampung perbelanjaan dalam memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di dalam kawasan Majlis.

 

3) BILA PEMBAYARAN PERLU DILAKUKAN ?

 

Bayaran cukai taksiran hendaklah dijelaskan dua kali setahun seperti berikut:-

 

1.     Januari hingga Jun – tempoh akhir bayaran 28/29 Februari.

2.     Julai hingga Disember – tempoh akhir bayaran 31 Ogos.

 

Biasanya  bil cukai taksiran dikeluarkan pada bulan Januari bagi setengah tahun pertama dan pada bulan Julai bagi setengan tahun kedua. Jika bil cukai taksiran anda tidak diterima, pemilik-pemilik dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perbendaharaan, MDKpr,Kampar BAGI MENGELAKKAN DENDA LEWAT DIKENAKAN.

 

 

 

4) BAGAIMANA NILAI TAHUNAN DITENTUKAN ?

 

Nilai Tahunan merupakan anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.

 

Dalam istilah lain, berapakah sewa yang pemilik boleh diperolehi dari pegangan (harta) tersebut jika ia disewakan kepada penyewa.

 

Bagi tanah kosong, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% dari nilai harga pasaran tanah tersebut. Ia  berpandukan dalam Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ).

 

5) KADAR-KADAR CUKAI TAKSIRAN

 

Kadar-kadar cukai taksiran bagi tahunan ditentukan mengikut di bawah :-

 

Pegangan

 

Kadar

 

 

 

Kediaman

:

8 % - 12.5 %

Perniagaan

:

6 % - 10.5 %

Harta Khas/Industri

:

16.5 %

Pertanian

:

2.5 %

Tanah Kosong

:

5.5 %

Menara Telekomunikasi

:

10.5 %

 

6) CONTOH PENGIRAAN CUKAI TAKSIRAN

 

Kategori Pegangan

:

Kediaman

( Rumah Teres Satu Tingkat )

Jika Nilai Tahunan

:

RM 3600.00

Kadar kawasan

:

9.5 %

Cukai Taksiran

:

RM 342.00

 

 

 

Jika Nilai Pasaran

:

RM 25,000.00

Nilai Tahunan 10%

:

RM 2,500.00

Kadar

:

5.5 %

Cukai Taksiran

:

RM 137.50

 

Merujuk pada contoh di atas, RM342.00 adalah merupakan cukai taksiran untuk setahun bagi rumah teres satu tingkat dan RM137.50 pula merupakan cukai taksiran setahun bagi tanah kosong.

 

 

 

 

7) MENGENAI NAMA PEMILIK / ALAMAT

SURAT MENYURAT PEMILIK

 

 

Pemberitahuan mengenai pertukaran nama pemilik (pindahmilik) hendaklah dibuat melalui Borang I atau Borang J yang boleh diperolehi di pejabat Majlis dan pejabat peguam yang menguruskan pindahmilik.

 

 

Bagi pertukaran alamat surat-menyurat tuan/puan bolehlah memaklumkan kepada pihak Majlis atau melalui surat.

 

Pemberitahuan ini adalah penting bagi membolehkan pihak kami mengemaskinikan rekod-rekod dan ianya dikehendaki mengikut peruntukan di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Menjadi satu kesalahan jika tidak dimaklumkan.