MENU
 4)  
  Portal OSC mula dibangunkan pada 17 Sept.2007 oleh Bahagian ICT, JKT dan digunakan sejak 15 Okt. 2007. Portal OSC ini telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Tan Sri KSN pada 15 Januari 2008 sempena Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan di Dewan A, PICC, Putrajaya.
   
  "Portal OSC m ula dibangunkan pada 17 Sept.2007 oleh Bahagian ICT, JKT dan digunakan sejak 15 Okt. 2007. Portal OSC ini telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Tan Sri KSN pada 15 Januari 2008 sempena Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan di Dewan A, PICC, Putrajaya. Pemohon boleh menyemak kedudukan permohonan dengan menggunakan nombor rujukan permohonan yang diperolehi dari kaunter OSC semasa permohonan didaftarkan. Pemohon juga digalakkan berurusan sendiri dengan Jabatan/Agensi Teknikal yang masih belum memberikan ulasan teknikal dalam masa 14 hari bagi kawasan pemajuan yang ada Rancangan Tempatan, manakala 40 hari bagi yang tiada Rancangan Tempatan."

(Sumber : Jabatan Kerajaan Tempatan)

   
 5)  
   
  Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan . eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.
 6)  
  SPEKS adalah sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan untuk Kerajaan-Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia. Pembangunan SPEKS adalah bertujuan untuk:
 
  • Melicinkan dan mempertingkatkan produktiviti serta kecekapan pengurusan kewangan.
  • Menyediakan Penyata Kewangan yang sempurna dan tepat pada masa.
  • Memperbaiki Pentadbiran Kewangan Negeri.